Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memperingati peristiwa agung junjungan besar Nabi Muhammad SAW

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Kumpulan Muslimah Masjid Kampung Pudak, baru-baru ini, memperingati dan membesarkan peristiwa agung junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang mempunyai banyak rahsia dan hikmahnya dengan mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj 1442H di masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof. Turut hadir ialah Ketua Kampung Pudak, Awang Shari bin Haji Durahim.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Mulk beramai-ramai sebelum ceramah Israk Mikraj disampaikan oleh Hajah Zaliha binti Haji lbrahim.

    Majlis yang dikendalikan dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Pudak dan Jawatankuasa Bukit Seri Pandan, Kampung Pudak itu juga bertujuan untuk mengeratkan dan mengukuhkan lagi silaturahim dan perpaduan bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli Kumpulan Muslimah Masjid Kampung Pudak bahkan juga seluruh penduduk di kampung berkenaan serta para jemputan yang lain agar mereka akan sentiasa bergiat aktif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kerohanian dari semasa ke semasa.

    Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bergambar ramai sempena Majlis Sambutan Israk Mikraj 1442H di Masjid Kampung Pudak. – Gambar serahan Kumpulan Muslimah Masjid Kampung Pudak
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda