Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memperkasa Bahasa Arab

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab dan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam dengan kerjasama Pelajar Mobiliti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Sambutan Hari Bahasa Arab dan Tamadun Islam yang diadakan di Dewan Auditorium, UNISSA, di sini, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

    Program yang bertemakan ‘Memperkasa Bahasa Arab, Menelusuri Tamadun Islam’ itu bertujuan untuk membina keyakinan diri melalui penglibatan pelajar dan pada masa yang sama memperkasakan Bahasa Arab dan penghayatan tamadun Islam dalam kalangan pelajar dari kedua-dua buah university.

    Selain itu, ia juga diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan baik serta jalinan kerjasama di antara Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan Fakulti Bahasa Arab dan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA.

    Program berkenaan juga berhasrat untuk memastikan aktiviti yang dijalankan dapat membentuk ahli yang berilmu, berketerampilan, mapan dan bertakwa sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dan melahirkan bakal graduan yang beraspirasi kebangsaan, cekap, berdaya saing dan inovatif.

    Mahasiswi Tahun 4, Fakulti Bahasa Arab, Hajah Nur Hayati binti Haji Abas ketika menyampaikan pembentangan ilmiahnya.
    Mahasiswi Tahun 4, Fakulti Bahasa Arab, Hajah Nur Hayati binti Haji Abas ketika menyampaikan pembentangan ilmiahnya.
    Dr. Haji Mohammed Hussain ketika mengunjungi salah sebuah petak pameran.
    Dr. Haji Mohammed Hussain ketika mengunjungi salah sebuah petak pameran.

    Beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang acara termasuk pembentangan ilmiah yang disampaikan oleh wakil dari UNISSA dan UKM, persembahan syair Arab, pementasan teater Bahasa Arab, permainan berbentuk Bahasa

    Arab dan tamadun Islam, tayangan video, persembahan tausyeh dan jualan makanan ringan.

    Program ini juga telah dihadiri oleh tenaga akademik, pegawai dan kakitangan pentadbiran dan sokongan serta para mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

    Acara juga turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelajar dari Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Ma’had Islam Brunei Tutong dan sekolah-sekolah yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda