Komunikasi merupakan salah satu perkara yang penting dalam kehidupan harian. Tanpa komunikasi kita tidak akan tahu mengenai sesuatu mahupun memberitahu orang lain tentang sesuatu.
Namun, kehidupan di dunia ini tidak semua yang dilahirkan sempurna kerana sesetengah golongan terdiri dari golongan kurang upaya sama ada cacat pendengaran atau cacat percakapan. Justeru, bagaimana kita dengan mudah berinteraksi dengan mereka? Salah satunya dengan menggunakan bahasa isyarat. Tetapi penggunaan dan kefahaman bahasa isyarat kurang di kalangan masyarakat pada ketika ini. Sehinggakan mengalami kesukaran ketika berinteraksi dengan mereka yang mengalami kekurangan sebagai contoh berinteraksi ketika berurusan berkaitan dengan pekerjaan atau ketika berlakunya kecemasan.
Justeru, untuk meningkatkan kesedaran menguasai bahasa isyarat ini pihak berkenaan perlu menggiatkan lagi bengkel-bengkel dan kelas-kelas bahasa isyarat yang dibukakan kepada orang ramai. Dengan memperkasa bahasa isyarat ini bukan saja memudahkan komunikasi namun dapat meningkatkan kesejahteraan dan perpaduan bangsa.
SILA AMBIL BERAT