Sunday, December 15, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memperkasakan warisan orang Brunei

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Pameran Permainan Warisan dan Budaya Brunei turut mewarnai Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebang

    saan 2023, di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, pagi tadi, dengan hasrat untuk mengetengahkan keunikan warisan dan budaya orang-orang Brunei sambil beriadah.

    Pameran telah menyaksikan penglibatan beberapa agensi kerajaan dan persatuan bagi berkongsi peranan masing-masing dan pelbagai aktiviti menarik bagi para pengunjung antaranya Jabatan Muzium-muzium yang mengetengahkan beberapa permainan tradisi seperti Pasang berukuran gergasi dan biasa, Salok-salokan, dan congkak; dan Pusat Sejarah Brunei telah menyediakan kuiz sejarah, pameran pemeliharaan rekod kertas, pameran salasilah sehingga jualan buku-buku.

    Sementara itu, Persatuan Kikik Brunei (PEKIKIK) pula mempamerkan pelbagai jenis kikik dan sesi tunjuk ajar proses pembuatannya dan Persekutuan Gasing Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERGAB) juga tidak ketinggalan menonjolkan kehebatan mereka dalam memartabatkan permainan gasing.

    Antara lain yang menyertai pameran berkenaan ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).

    Dengan adanya pameran sedemikian, ia diharap agar dapat menyemai jiwa anak bangsa tidak kira golongan muda, dewasa mahupun veteran untuk lebih memahami betapa pentingnya kita selaku generasi pada masa kini sama-sama memperkasakan warisan dan budaya masyarakat Melayu Brunei seperti keunikan permainan tradisi agar tidak terhakis oleh arus kemodenan.

    ATAS & BAWAH: Pameran Permainan Warisan dan Budaya Brunei turut mewarnai Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan 2023, di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda