Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Memperkukuh penguasaan bahasa di kalangan murid sekolah’

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Dalam usaha memperkukuh penguasaan bahasa dalam kalangan murid, seterusnya menyokong usaha negara dalam memperingati Bulan Bahasa,  Majlis sambutan Hari Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan MIB telah diadakan di Sekolah Rendah Jeruding Kluster IV baru-baru ini

    Majlis sempena Bulan Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dan juga sekolah berkenaan telah diadakan di dewan sekolah sejajar dengan aspirasi Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

    Acara tahunan ini merupakan inisiatif berterusan untuk mengangkat martabat bahasa ibunda serta memperkukuh nilai-nilai Melayu Islam Beraja (MIB) dalam kalangan warga sekolah.

    Dengan tema Melestarikan Bahasa, Membistarikan Bangsa sambutan kali ini dimeriahkan dengan tema pakaian Nostalgia Melayu Klasik yang menyerlahkan keindahan budaya Melayu yang diwarisi turun-temurun.

    Wakil Pengerusi bersama Jabatan Bahasa Melayu dan Melayu Islam Beraja, Pengiran Mohd Khairula’nur Bin Pengiran Haji Abd Rahman, dalam ucapan antara lain menyentuh tentang pentingnya peranan bahasa Melayu sebagai wadah penyatuan bangsa dan warisan tamadun negara. 

    Selain menekankan kepentingan menghargai keindahan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, di mana tema ini dipilih mencerminkan usaha murni untuk mengangkat serta memelihara khazanah budaya bangsa yang semakin dilupakan.

    Acara diserikan dengan persembahan Gulintangan oleh para guru dari Jabatan tersebut yang kemudian diikuti dengan  penerangan ringkas mengenai alat-alat muzik tradisional oleh Saiful Rizan Bin Abdullah yang memberi mengongsikan kepada murid terhadap seni dan budaya warisan.

    Selain itu, pengenalan alat-alat muzik tradisional juga memberikan peluangkepada warga sekolah mengenali dengan lebih dekat  alat-alat muzik tradisional yang dahulunya digunakan dalam pelbagai majlis dan upacara.

    Majlis juga diserikan dengan persembahan nyanyian dan persembahan dari murid-murid sketsa dan lagu membaca yang berunsurkan nilai bahasa dan MIB oleh murid-murid sekolah berkenaan.

    Semua di atas: Antara suasana aktiviti semasa sambutan Hari Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan MIB.
    Guru-guru juga tidak ketinggalan menyertai dalam aktiviti di sambutan itu.
    Antara barang tradisi yang dipamerkan di majlis sambutan berkenaan
    Kain tenunan dan makanan tradisi yang masih diguna pakai sehingga ke hari ini
    Persembahan koir Murid Tahun 4. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SR JERUDONG, KLUSTER V

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda