Friday, July 25, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memperkukuhkan hubungan keluarga

    Oleh Faridah Haji Ibrahim

     

    MAJLIS Perhimpunan Keluarga Laut Brunei Darussalam dan Malaysia ke-3 bagi tahun 2017 telah diadakan pertama kalinya di sini, namun sebelumnya ia hanya berlangsung di Pulau Labuan pada tahun 2015 dan pada tahun 2016 dan Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 400 keturunan keluarga Haji Laut bin Saring telah hadir dan berkumpul pada majlis perhimpunan yang diadakan di Hotel Parkview, Jerudong baru-baru ini.

    Turut hadir di majlis ini ialah Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Isa bin Pehin Dato Laila Utama Haji Ibrahim dan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah serta Lt Kol (B) Dato Setia Haji Mohd Samid bin Haji Abd Aziz.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan seterusnya bacaan Doa Selamat oleh Imam Masjid Al-Ameerah, Jerudong, Haji Kamaruzzaman bin Haji Jakar.

    Pelbagai persembahan dan acara telah diadakan dalam majlis berkenaan seperti cabutan nombor bertuah, persembahan nyanyian dan ucapan serta ristaan nostalgia daripada ahli keluarga Haji Laut.

    Kebanyakan keluarga yang hadir merasa gembira dan terharu dengan adanya majlis tersebut di mana mereka berpeluang untuk berkumpul, berhimpun, suai kenal, jejak kasih dan sebagainya antara keluarga Haji Laut dari Brunei Darussalam dan Malaysia.

    Kenangan bergambar ramai di Majlis Perhimpunan Keluarga Haji Laut dari Brunei Darussalam dan Malaysia.
    Gambar ramai keluarga Haji Laut dari Brunei Darussalam yang memeriahkan lagi majlis berkenaan.

    Mengeratkan lagi hubungan keluarga

    Menurut Haji Salleh bin Mohd Haji Ismail, “Dia merasa gembira dan terharu kerana pertama kali mengikuti perhimpunan ini yang mana kami dapat berjumpa dengan sanak-saudara yang jauh dan berharap majlis sebegini akan dapat diadakan dan diteruskan lagi pada masa akan datang.

    Manaka Dayang Sabariah Ismail Yunus dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, “Saya sangat gembira dan terharu malah tidak menyangka bahawa keluarga Haji Laut ini sangat besar dan ramai.

    “Majlis perhimpunan ini membawa kami berjumpa dengan keluarga yang tidak pernah ditemui dan tidak kenal sekali gus mempereratkan lagi hubungan kami semua.”

    Menurut pengerusi majlis, Pengiran Haji Chuchu bin Pengiran Haji Wahab, Haji Waliuddin bin Haji Besar dan Setiausaha merangkap Timbalan Setiausaha, Pengiran Halyana Suryani binti Pengiran Haji Chuchu, majlis ini telah dirancang dengan dari awal lagi, sekitar bulan Januari dan kebanyakan perhubungan bagi menyakakan majlis ini adalah melalui komunikas telefon dan Whatsapp.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda