Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Majlis Pertemuan Semula boleh dijadikan sebagai salah satu platform bagi bertukar-tukar pandangan sekali gus untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai sahabat-sahabat lama.
Justeru, bekas pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Awang Semaun pada tahun 1989, baru-baru ini telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula dan diteruskan lagi dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Majlis tersebut diadakan di kediaman Hajah Jarfah @ Amal Faezah binti Haji Hidup di STKRJ Lambak Kiri yang juga merupakan bekas guru kelas penuntut tahun 1989.
Semasa pertemuan itu, bekas-bekas pelajar mengimbas semula kenangan semasa zaman persekolahan dan bertukar-tukar kisah yang baik semasa zaman persekolahan.
Dengan adanya pertemuan ini, ia akan menjadi satu landasan bagi mereka untuk terus memperkukuhkan dan memupuk silaturahim yang berkekalan.
