Monday, October 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mempertahankan lagu Dikir Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Pasukan lelaki dari Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah dan pasukan perempuan dari Masjid Kampung Batu Apoi muncul juara dalam kategori masing-masing pada Pertandingan Dikir Brunei bagi Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid serta Muslimah Masjid Senegara bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1445H/2023M.

    Sebanyak 10 pasukan iaitu enam pasukan lelaki dan empat pasukan perempuan menyertai pertandingan itu yang diadakan di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Hal Eh-wal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Pertandingan anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) melalui Bahagian Imarah dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop itu diadakan untuk melahirkan pegawai masjid, ahli jawatankuasa takmir, jemaah dan Musli-mah masjid yang pandai melagukan lagu-lagu Dikir Brunei sekali gus dapat mempertahankan lagu-lagu Dikir Brunei agar tidak pupus ditelan zaman.

    Di samping mengetahui teknik-teknik alunan dikir dengan betul, pertandingan juga dihasratkan untuk menambah keyakinan diri para peserta khususnya, untuk mengikuti pelbagai pertandingan dikir dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.

    Dikir Brunei merupakan salah satu khazanah bernilai yang telah diwarisi oleh orang-orang Melayu Brunei dan merupakan salah satu kebudayaan beragama yang telah diamalkan dalam kehidupan orang-orang Brunei sejak zaman berzaman.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan hadiah kepada juara pasukan lelaki. – Gambar serahan JHEM
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan hadiah kepada juara pasukan perempuan. – Gambar serahan JHEM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Bayangan kesepian