Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mempertahankan warisan tembikar Myanmar

    YANGON – Seni pembuatan periuk tanah liat tradisional di Myanmar menghadapi kemerosotan apabila bilangan tukang periuk mahir semakin berkurangan. 
     
    Justeru, kehadiran perniagaan-perniagaan membuat periuk tanah liat hari ini adalah penting untuk menjaga warisan tembikar tradisional Myanmar, kata pemilik perniagaan periuk tanah, U Tun Yi dan Daw Toe, Daw Toe, 84, yang tinggal di Perbandaran Twante, Wilayah Yangon, kepada Xinhua.
     
    Pada zaman dahulu, pengetahuan dan kemahiran diturunkan daripada golongan tua kepada generasi muda, memastikan kesinambungan. Bagaimanapun, dengan golongan belia berhijrah ke bandar-bandar atau luar negara untuk mendapatkan peluang-peluang pekerjaan, penyampaian seni berkenaan terhalang, katanya.
     
    Oleh itu, hanya warga tua yang masih mengekalkan tradisi ini, Daw To menekankan keperluan mendesak untuk usaha memulihkan dan mengekalkan amalan budaya yang tidak ternilai itu.
     
    “Dengan pengalaman selama tiga dekad, saya telah mengendalikan perniagaan periuk tanah liat, membekalkan pelanggan runcit dan borong dengan periuk tanah liat kami,” U Soe Naing Oo, pemilik kedai periuk tanah liat SMO di Wilayah Sagaing memberitahu Xinhua.
    Seorang tukang periuk bekerja di bengkel di Perbandaran Twante di wilayah Yangon, Myanmar, pada 29 April lalu. – Xinhua
    Dua tukang periuk membentuk periuk tanah liat di sebuah bengkel di Perbandaran Twante di Wilayah Yangon. – Xinhua
    Gambar Xinhua
    Tukang tembikar bekerja di bengkel di Perbandaran Twante di Wilayah Yangon, Myanmar, 29 April 2024. – Xinhua
    Seorang tukang periuk bekerja di sebuah bengkel di Perbandaran Twante di Wilayah Yangon, Myanmar, 29 April 2024. – Xinhua
    “Di kedai kami, kami menawarkan pelbagai periuk tanah liat, dengan pasu menjadi pilihan paling popular dalam kalangan pelanggan. Periuk tanah liat besar terutamanya dibeli di wilayah Ayeyarwady untuk menyimpan air, manakala pasu popular di Yangon. Permintaan ini menunjukkan bahawa pasaran periuk tanah liat masih berkembang maju,” katanya.
     
    Pada masa ini, kenaikan harga bahan mentah dan cabaran pengangkutan menyebabkan harga periuk tanah liat meningkat. 
     
    Di sebalik kenaikan harga, kadar jualan tahun ini kekal konsisten berbanding tahun-tahun sebelumnya, tambah beliau.
     
    “Sejak usia muda, saya sentiasa bergantung pada tempayan air dan pasu tanah liat di rumah. Saya mendapati bahawa menggunakan bekas tanah liat untuk bunga memanjangkan umur bunga,” Cho Cho Lwin, 53, berkongsi alasannya memilih pasu tanah liat.
     
    Thein Thein Aye, 40, yang tinggal di Perbandaran Bogale, wilayah Ayeyarwady berkata, “Di rumah, kami lebih suka menggunakan tempayan air tanah liat berbanding plastik untuk memastikan air sejuk dan lebih sihat secara semula jadi. Selain itu, menggunakan periuk tanah liat untuk memasak, terutamanya untuk sup dan herba, meningkatkan nilai pemakanannya.”
     
    Penerimaan tradisi berkenaan bukan sahaja mengekalkan warisan Myanmar malah juga menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat, tambahnya.
     
    Daw Myint, anak kepada pemilik perniagaan periuk tanah, U Tun Yi dan Daw Toe berkata, perniagaan periuk tanah sudah wujud hampir satu abad. Pada masa ini, pasaran periuk tanah liat telah mengalami sedikit penurunan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebahagiannya disebabkan oleh kemunculan alternatif plastik.
     
    Di Myanmar, Perbandaran Twante telah lama terkenal dengan perniagaan tembikarnya. Pada masa lalu, kira-kira 20 orang menjalankan perniagaan tembikar, tetapi kini hanya tinggal kira-kira 10 orang, katanya.
     
    “Hari ini, kami berhadapan dengan masalah seperti kekurangan bahan dan pekerja mahir. Bagi saya, perniagaan ini bukan sekadar keuntungan, ia adalah penghormatan kepada datuk dan nenek saya serta usaha penting dalam memelihara warisan tembikar Myanmar untuk generasi akan datang,” tambahnya. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda