Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memphis Depay terus menyerlah

    PARIS, 29 April – Memphis Depay meneruskan rentak menariknya dengan menjaringkan satu gol dan membantu satu jaringan ketika Lyon menewaskan Nantes 2-0 untuk mengukuhkan cengkaman mereka di tiga kedudukan teratas dalam Ligue 1, manakala Monaco terikat seri tanpa jaringan kepada Amiens.

    Pasukan kendalian Bruno Genesio melonjak ke tangga kedua dengan berbaki tiga perlawanan, satu mata di atas Monaco dan kelebihan tiga mata di atas Marseille.

    Kebuntuan Monaco itu menyaksikan mereka belum mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan, sementara Marseille akan mengunjungi Angers hari ini ketika kedua buah pasukan kelompok teratas itu bersaing bersama Lyon untuk merebut dua lagi tempat dalam persaingan Liga Juara-Juara di belakang pasukan juara, Paris Saint-Germain.

    “Kami melakukan tugas dengan mengutip tiga mata penuh, semua perlawanan sehingga akhir adalah penting,” kata pemain midfield Lyon, Lucas Tousart.

    “Kami tidak meletakkan terlalu banyak bahaya secara defensif dan kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol. Kami boleh menjaringkan lebih banyak gol tetapi kami meraih kemenangan, dan ia adalah perkara utama.”

    Lyon mendahului lima minit sebelum berakhirnya separuh masa pertama ketika Nabil Fekir meluru melepasi kawalan pemain Nantes dan melihat Depay dalam ruang terbuka.

    Pemain dari Belanda berusia 24 tahun itu melakukan tugasan selebihnya, membawa bola dengan kaki kiri dan meledakkan rembatan rendah menewaskan penjaga gol Ciprian Tatarusanu.

    Lyon mendominasi separuh masa kedua tetapi bergelut untuk mengatasi pesaing mereka, dengan pemain pertahanan Marcelo menyaksikan tandukannya tersasar apabila dia tidak dikawal di depan gawang bagi menyambut sepakan bebas dari Depay. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda