Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memulakan hidup baharu dengan menjual majalah

    ATHENS – Sebuah majalah dijual secara eksklusif di jalan-jalan Athens dan Thesaloniki oleh individu-individu yang mendapati diri mereka berada di ambang isu tidak mempunyai tempat tinggal atau menjalani hidup di bawah garis kemiskinan.

    Justeru, dengan menjual majalah dan komik, sekali gus memberikan mereka kesempatan dan peluang kedua untuk memulakan hidup baharu, aktif dalam kegiatan masyarakat dan memperoleh keyakinan diri.

    Dengan memakai weskot berwarna merah, mereka menjual komik dan majalah di kawasan yang penuh sesak dengan orang ramai seperti di stesen metro dan dataran yang luas dengan menjual majalah Shedia. Kebanyakan mereka beranggapan dengan melakukan perkara ini,mereka akan dapat keluar dari belenggu kemiskinan.

    “Menjadi seorang penjual majalah banyak membantu saya untuk meneruskan hidup tanpa perlu melanggar undang-undang negara, agak sukar sebenarnya untuk memperoleh 1.5 euro namun itulah keuntungan saya dan meneruskan hidup,” kata Christiane Fabrion, yang menyertai rangkaian vendor Shedia pada tahun 2015 kepada media Xinhua.

    Berasal dari Paris, Christiane datang ke Athens semenjak 40 tahun yang lalu dan bermastautin di negara itu sehingga ke hari ini. Dia tidak mahu berkongsi banyak tentang kehidupannya sebelum ini tetapi dia cuba menjelaskan bagaimana Shedia telah berjaya merubah akan kehidupannya.

    Galeri ini mempunyai pelbagai jenis objek-objek rumah dan pejabat seperti lampu, jam dinding, beg dan bakul serta beberapa aksesori yang lain seperti gelang, anting-anting, cincin di mana semuanya dibuat daripada kertas majalah Shedia. – Xinhua
    Christiane mengikuti bengkel latihan seni selama enam bulan dan telah diterima bekerja di galeri tersebut. – Xinhua

    Dia teringat pertama kali dia memakai jubah merah dan menjual majalah pertama. “Ia merupakan wang pertama saya. Saya berbangga dan tidak malu. Hasil keuntungan itu, saya membeli pasta, tomato dan banyak lagi,” jelas Fabrion kepada media.

    Peluang memperbaiki diri

    Shedia membawa maksud perahu kehidupan dan ia merupakan kertas jalanan yang mengandungi isi-isi identiti sosial. Shedia menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk yang terdedah dengan isu kemiskinan, pengangguran jangka panjang, kehilangan tempat tinggal dan pengecualian sosial serta banyak lagi.

    Dilancarkan pada tahun 2013 semasa Greece cuba bangkit dari kemelut kemiskinan, majalah Shedia beroperasi dengan beberapa rangkaian vendor yang menjual majalah dan membolehkan mereka memperoleh pendapatan yang kecil untuk menampung keperluan asas mereka. “Ini adalah peluang yang baik bagi mereka untuk memastikan kehidupan mereka lebih baik dengan melalui proses yang tertentu dan memenuhi keperluan asas mereka,” kata Emilia Douka, Pengurus Projek Komunikasi dan Sosial di Shedia.

    “Apa yang penting ialah kuasa dan pengaktifan. Sebagai projek Shedia ia memberikan ruang kepada mereka yang tidak mempunyai rumah untuk bersatu dan mengeratkan perpaduan serta sama-sama bergiat aktif,” tambah Emilia Douka kepada media Xinhua.

    Mereka pergi ke ibu pejabat majalah, mengambil sampul dan melakukan beberapa tugasan yang sukar, menjual majalah tersebut di kawasan lereng-lereng jalan dan dipenuhi dengan orang ramai. Harga majalah dianggarkan sekitar 4 euro di mana 67.5 peratus hasil jualan akan diberikan kepada penjual bagi membantu mereka untuk mendapatkan apa yang mereka perlukan. Sehingga ke hari ini, sekitar 180 vendor menjual majalah berada di Athens dan Thessaloniki.

    Selepas tiga tahun pelancarannya, sejumlah 93 penjual telah berhenti menjual majalah itu kerana mereka sudah mendapat pekerjaan, menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Deloitte. Sejumlah 43 vendor melaporkan bahawa mereka dapat mencari rumah dan sejumlah besar berjaya menyelamatkan diri mereka daripada diusir dari kediaman mereka.

    Memperluaskan kegiatan

    Shedia telah memperluaskan lagi kegiatannya dengan projek berbasikal yang dipanggil sebagai Art Shedia di mana mewujudkan lagi lebih banyak peluang pekerjaan untuk individu-individu yang terdedah kepada isu tersebut. Di bawah projek Shedia, salinan majalah yang tidak terjual, daripada di kitar semula, ia digunakan semula menjadi produk yang berkualiti tinggi dan mempunyai daya tarikan yang estetik.

    “Moto kami adalah untuk memulakan semula kehidupan, melalui prosedur ini ia akan membantu lagi memperbaiki kehidupan individu tersebut seperti menggunakan kertas yang tidak berguna menjadi satu alat yang kreatif dan nampak baharu,” jelas Emilia lagi kepada media.

    Pada bulan Disember yang lalu, mereka telah melancarkan galeri seni Shedia di Arcade Mechants di Voulis Street berdekatan dengan Syntagma Square. Galeri ini mempunyai pelbagai jenis objek-objek rumah dan pejabat seperti lampu, jam dinding, beg dan bakul serta beberapa aksesori yang lain seperti gelang, anting-anting, cincin di mana semuanya dibuat daripada kertas majalah Shedia.

    Selepas bekerja sebagai penjual majalah jalanan, Christiane mengikuti bengkel latihan seni selama enam bulan dan diterima bekerja di galeri Shedia tersebut. Dia tidak perlu berada di luar untuk menjual majalah-majalah itu lagi.

    “Saya datang bekerja dengan gembira, walaupun di malam hari, saya merencana tentang objek apa yang akan saya buat pada hari berikutnya. Melakukan pekerjaan ini, ia menawarkan saya keselamatan dan kegembiraan,” katanya sambil tersenyum. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda