Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menafikan dakwaan

    Pelakon drama Mr Grey, Fendy Bakry, 31, menafikan berkahwin secara senyap-senyap dengan kekasih pada penghujung Ogos lalu.

    Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri berkata, dia terkejut apabila membaca gosip mendakwa dirinya sudah bernikah dengan wanita yang turut terbabit dalam industri seni. “Saya belum lagi berkahwin dan saya sendiri takkan berahsia apabila jodoh sudah tiba. Tidak logik saya berkahwin ketika ini kerana saya begitu sibuk dengan penggambaran drama 65 episod yang belum ditentukan judulnya. Berkahwin juga bukan perkara main-main, tentunya ia memerlukan persiapan rapi,” katanya kepada media ketika mengulas desas-desus dirinya sudah mendirikan rumah tangga, kira-kira sebulan lalu.

    Fendy berkata, sudah tentu dia mempunyai perancangan untuk menaiki pelamin, namun masanya belum tiba untuk dia berbuat begitu.

    “Soal jodoh, biarlah Allah yang tentukan. Apa yang pasti, saya tidak akan berkahwin, tahun ini. Jujurnya, saya enggan terlalu memperkatakan soal jodoh, bimbang apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Saya bimbang diri ini juga yang malu nanti,” katanya.

    Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 itu juga berkata, dia belum bersedia mendedahkan identiti gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya. “Cukuplah jika dikatakan, saya sudah ada kekasih. Siapa gerangan si dia, tidak perlulah saya hebahkan dahulu. Tidak ramai pun yang tahu mengenai kekasih saya,” katanya. – Agensi

    Fendy berkata, sudah tentu dia mempunyai perancangan untuk menaiki pelamin, namun masanya belum tiba untuk dia berbuat begitu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda