Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Menang pilihan raya’ selepas meninggal

    BUCHAREST, 29 SEPT – Seorang calon datuk bandar di selatan Romania yang meraih kemenangan besar dalam pilihan raya meskipun meninggal dunia akibat COVID-19 beberapa hari sebelumnya, kata laporan tempatan semalam.

    Ion Aliman, anggota Parti Sosial Demokrat (JPA) yang menjadi calon datuk bandar kampung Deveselu untuk kali ketiga, memenangi pilihan raya itu dengan memperoleh kira-kira 64 peratus undi, meskipun beliau meninggal dunia pada 17 September, memetik keputusan dikeluarkan semalam.

    Pegawai tempatan Romania berkata kertas undi telah pun dicetak dan nama Aliman tidak dapat dikeluarkan daripada senarai

    Selepas stesen pengundian ditutup, penyokong tempatan mengerumuni kuburnya untuk ‘meraikan kemenangan tersebut’.

    Berikutan itu pilihan raya baharu akan diadakan di kampung berkenaan.

    “Beliau sentiasa berada di pihak penduduk kampung, menghormati semua undang-undang. Saya tidak fikir kita akan melihat seorang datuk bandar sepertinya lagi,” kata seorang penduduk kampung kepada saluran televisyen tempatan.  – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda