Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Pembelian peti sejuk pada Promosi Sambutan Hari Raya Aifa tahun ini ternyata memberi tuah kepada Dayang Bazlina binti Abu Bakar apabila memenangi Smart LED TV berukuran 75 inci selepas memilih sampul surat tepat pada majlis pengundian hadiah di Ibu Pejabat Aifa, Lambak Kanan hari ini.
Tempat kedua yang menawarkan hadiah Smart TV 65 inci dan mikrofon wayarles Pevy dimenangi oleh Hajah Aminah binti Haji Haris manakala tempat ketiga, Siti Nadhriah binti Dabeding memilih sampul berisi hadiah Aifa Cooker Hood, ketuhar binaan dalaman Aifa dan Aifa Induction Ceramic Hob.
Pada majlis itu, seramai 23 orang menerima hadiah masing-masing disampaikan oleh wakil ketua-ketua cawangan Aifa sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan Aifa, Dr Andy Lau dan isteri, Lily Ngo yang juga Pengurus Besar Aifa.
Promosi Hari Raya Aifa sempena Hari Raya Aidilfitri itu bermula Mei 2018 hingga 31 Julai 2018 dan telah berjaya mengumpul lebih 24,000 penyertaan orang ramai di ke empat-empat daerah.
