Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menangkap ketam hobi popular di Malaysia

    MALAYSIA – Aktiviti menangkap ketam yang telah lama diamalkan, merupakan hobi yang popular di banyak kawasan pantai di seluruh dunia.

    Di Malaysia, dengan pantainya yang luas dipenuhi dengan biodiversiti marin, menangkap ketam bukan sekadar hobi. Bagi kebanyakan orang, ia adalah tradisi yang berakar umbi.

    Sama ada awda seorang pemancing yang berpengalaman atau orang baharu yang ingin tahu, menguasai asas menangkap ketam boleh membawa kepada pengalaman yang mendatangkan kepuasan.

    Alat utama untuk menangkap ketam ialah bubu ketam.

    Ia boleh didapati di kedai peralatan memancing tempatan dengan harga antara RM15 dan RM25 setiap satu.

    Paya bakau, habitat semula jadi ketam lumpur, patut diterokai untuk menangkap ketam ini. – Gambar ANN/The Star
    Bubu ketam digunakan untuk menangkap ketam. – Gambar ANN/The Star
    Teknik yang biasa digunakan adalah memijak ketam dari belakang untuk melumpuhkannya sementara, disusuli dengan menggunakan tali rafia untuk mengikat penyepit dan kakinya. – Gambar ANN/The Star
    Mengikat ketam memerlukan sedikit kemahiran kerana sepitan boleh menyakitkan. – Gambar ANN/The Star

    Terdapat dalam dua reka bentuk – bulat dan persegi – kedua-duanya adalah sama berkesan.

    Diperbuat daripada gegelung dawai dan tali nilon, ia mempunyai perangkap di dalamnya dengan dua pintu masuk untuk mengumpan ketam.

    Untuk memastikan bubu ketam awda kekal di tempatnya dan mudah diperoleh semula, adalah penting untuk menggunakan tali panjang yang bertambat di pantai atau terapung.

    Pengapung khususnya, adalah penanda berguna yang menunjukkan lokasi bubu, memudahkan ia diperoleh semula kemudian.

    Ikan busuk mendahului senarai teratas untuk umpan, walaupun usus ayam atau daging juga boleh digunakan untuk tujuan itu. Bau daging yang mereput amat berkesan untuk menarik ketam ke dalam bubu.

    Lokasi yang sesuai untuk memasang perangkap tersebut termasuk kawasan di mana ketam, terutamanya ketam lumpur, mencari perlindungan.

    Ketam, terutamanya ketam lumpur, lebih suka kawasan berbatu dan struktur yang menawarkan perlindungan. Sebagai tempat utama, cari tanda-tanda keretakan pada tiang atau dinding penahan di sepanjang jeti atau pinggir laut.

    Selain itu, paya bakau, tempat tinggal semula jadi ketam lumpur, patut diterokai.

    Untuk hasil terbaik, pasang perangkap awda semasa air pasang, sebaik-baiknya semasa awal pagi atau ketika petang semakin lanjut.

    Masa terbaik untuk menangkap ketam ialah semasa air pasang pada awal pagi dan petang.
    Ini adalah masa ketika ketam paling aktif dan berkemungkinan besar memasuki perangkap.

    Mengendalikan ketam, terutamanya semasa mengikatnya, memerlukan sedikit kemahiran.
    Teknik biasa melibatkan memijak ketam dari belakang untuk melumpuhkannya seketika, seterusnya menggunakan tali rafia untuk mengikat penyepit dan kakinya.

    Awda perlu berhati-hati kerana sepitan ketam boleh menyakitkan!

    Jika mengikat ketam nampak sukar, satu alternatif yang lebih seamat adalah meletakkan ketam dalam baldi.

    Banyak budaya menganggap ketam betina, terutamanya yang mempunyai telur, sebagai makanan istimewa. Membezakannya adalah mudah, ketam betina mempunyai bahagian perut yang lebih luas dan lebih bulat berbanding bahagian perut ketam jantan yang tirus dan meruncing.

    Ketam betina dengan telur sentiasa dicari disebabkan rasanya yang berlemak. Walau bagaimanapun, memelihara ketam betina bersama telur di sesetengah wilayah adalah menyalahi undang-undang atau tidak digalakkan untuk mempromosi amalan penangkapan ketam yang mampan.

    Sentiasa amalkan penangkapan ketam mampan. Jika ketam terlalu kecil atau ia merupakan ketam betina dengan telur, sebaiknya dilepaskan. Ini memastikan populasi ketam yang sihat untuk generasi akan datang.

    Daya tarikan ketam lumpur, terutamanya dalam sektor masakan Cina, tidak dapat dinafikan.

    Harga ketam tersebut boleh turun naik antara RM40 dan RM100 sekilogram, mencerminkan statusnya yang bernilai.

    Menangkap ketam ialah hobi menarik yang menawarkan pengalaman menyeronokkan dan ganjaran yang lumayan.

    Berbekalkan alatan yang betul, teknik bermaklumat dan rasa hormat terhadap alam sekitar, keseronokan menangkap ketam bakal menanti semua orang.

    Jadi, apa yang nak ditunggu lagi, selamat mencuba! – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda