Berkurung dalam rumah, sambil menjalani ibadat puasa bersendirian ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa bukan perkara mudah untuk dilalui. Tentunya, kehadiran Ramadan ini disambut dengan suasana yang berbeza buat pelakon Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda, Remy Ishak, 38. Kebiasaannya, menjelang bulan mulia, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak tidak melepaskan