Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menantu Beckham enggan sambut Krismas bersama

    Menantu kepada David Beckham dan Victoria Beckham iaitu Nicola Peltz-Beckham dilaporkan enggan menyambut perayaan Hari Natal bersama pasangan itu.

    Menurut laporan Heat Magazine, pada awalnya pasangan selebriti itu mahu anak lelakinya iaitu Brooklyn dan menantu menyertai percutian mereka di United Kingdom (UK) tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak didedahkan.

    Demi menjaga kebahagiaan anaknya, Victoria juga sanggup meraikan Hari Natal lebih awal di Amerika Syarikat (AS).

    Bagaimanapun, menurut sumber terdekat perkara tersebut tidak dipersetujui oleh Nicola pada awalnya kerana menanggap ia akan menyusahkan bapanya yang berada di England.

    “Nicola rasa ia akan menyusahkan bapanya kerana mereka berjauhan. Bagi ayah Nicola anak-anak perlu ada di sisinya semasa perayaan,” katanya.

    Menerusi perkongsian di Intagram Nicola, dia dilihat sekali lagi meraikan Hari Natal di rumah keluarganya.

    Malah perkara itu mengecewakan Victoria kerana Brooklyn tidak pulang menyambut Hari Natal bersama mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Malah, Brooklyn juga kerap menghabiskan cuti bersama keluarga mentua sejak berkahwin. – Agensi

    Nicola Peltz-Beckham (kanan) enggan sambut perayaan Hari Natal bersama pasangan itu. – heartstapps
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda