DAMSYIK, 3 OKT- Hassan Jafar Qasir, menantu kepada pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah kediaman di kawasan Mazzeh Western Villas, Damsyik kelmarin, lapor Xinhua.
Serangan Israel itu menyasarkan tingkat pertama bangunan tiga tingkat yang sering menjadi lokasi kunjungan pemimpin Hizbullah dan Kor Pengawal Revolusi Iran, mengakibatkan tiga orang terkorban dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera dengan identiti mereka masih belum dikenal pasti, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Kementerian Pertahanan Syria memaklumkan serangan itu dilancarkan dari Bukit Golan yang diduduki Israel.
Pada 27 September lalu, Israel membunuh Sayyed Hassan Nasrallah dalam serangan udara di Beirut.
Serangan kelmarin merupakan serangan udara kedua Israel di kawasan itu minggu ini.
Pada pagi Selasa, Israel menyasarkan sebuah lokasi kira-kira 500 meter dari kawasan serangan kelmarin, menyebabkan tiga orang termasuk seorang wartawan terkorban dan sembilan yang lain cedera. – Bernama