Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menantu Trump tiada lagi akses atas rahsia besar AS

    WASHINGTON, 28 Feb – Anak menantu lelaki Donald Trump yang juga penolong kanannya, Jared Kushner tidak dapat lagi menikmati keistimewaan tertinggi keselamatannya, menurut sumber-sumber yang mengetahui perkara ini berkata semalam, satu keputusan yang berpotensi benar-benar memberi implikasi ke atas pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

    Dua sumber yang tidak boleh dinyatakan kerana status keistimewaan keselamatan adalah sulit, mengesahkan laporan media AS itu yang penolong Rumah Putih berusia 37 tahun tidak akan lagi mendapat akses kepada hal rahsia Amerika yang paling dikawal.

    Rumah Putih – terpulang kepada dan termasuklah presiden sendiri – enggan mengulas mengenainya, tetapi para pegawai menegaskan keputusan itu akan memberi impak kepada peranan Kushner.

    Namun, kehilangan keistimewaan Kushner melihat data ‘Rahsia Besar/SCI (Maklumat Bahagian Sensitif)’ merupakan keraguan serius terhadap statusnya sebagai orang berpengaruh di Rumah Putih dan kemampuannya untuk membuat rundingan damai di Timur Tengah.

    Kushner telah menjadi bahagian penting kempen pilihan raya Trump dan di kalangan penasihat Rumah Putih dilihat sebagai yang pertama dalam kalangan yang setanding dengannya.

    Gambar fail pada 1 November 2017, Jared Kushner mendengar ketika Presiden Donald Trump berucap di perjumpaan kabinet di Rumah Putih, Washington, DC. Menantu Donald Trump itu yang juga penolong kanan Trump tidak lagi menikmati keistimewaan tertinggi keselamatan untuk dirinya. – AP

    Penolong yang bercakap lembut itu berkahwin dengan anak perempuan presiden, Ivanka dan telah menjadi orang utama dalam usaha untuk mencapai perjanjian damai antara Israel dan Palestin. Dia juga penyokong kuat Washington bagi kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

    Politico dan CNN pertama kali melaporkan bahawa keistimewaannya mungkin dibatalkan lewat minggu lalu.

    Keputusan dibuat beberapa hari sebelum Netanyahu melawat Rumah Putih.

    Bekas perunding AS, Aaron David Miller berkata Kushner kini berisiko kehilangan ‘kredibiliti’ dengan interlokutor di Timur Tengah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda