Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menara Eiffel bakal dipasang tembok keselamatan

    PARIS, 10 Feb – Menara Eiffel, simbol Paris, kelak akan dilindungi oleh tembok kaca kalis peluru setinggi 2.5 meter, sebahagian rancangan untuk mencegah serangan ke atas monumen itu, menurut pihak bandar itu semalam.

    Tembok itu yang menelan kos kira-kira 20 juta euro akan dibina pada musim luruh ini di utara dan selatan hujung kawasan monumen itu, menurut dewan bandar dalam satu kenyataan.

    Di bahagian barat dan timur, perintang ‘sementara yang tidak elegan’ yang dipasang sekitar menara setinggi 324 meter itu ketika perlawanan bola sepak Euro 2016 di Perancis tahun lalu akan digantikan dengan pagar penuh dengan hiasan.

    “Ancaman ganas masih tinggi di Paris, dan tapak-tapak paling mudah terjejas pada bahaya, bermula dengan Menara Eiffel mesti menjadi tumpuan langkah khas keselamatan,” timbalan datuk bandar Jean-Francois Martins memberitahu sidang media.

    Menara Eiffel dijangka akan dipasang tembok kaca kalis peluru setinggi 2.5 meter bagi meningkatkan keselamatan di monumen berkenaan. – AFP
    Menara Eiffel dijangka akan dipasang tembok kaca kalis peluru setinggi 2.5 meter bagi meningkatkan keselamatan di monumen berkenaan. – AFP

    Tembok kaca akan menghalang individu-individu atau kenderaan dari menyerang tapak itu yang dikunjungi oleh enam juta orang setiap tahun, tambahnya.

    Sebilangan anggota majlis yang dipetik oleh surat khabar Le Parisien sebagai berkata, mereka bimbang tembok itu akan mengubah menara ikonik itu menjadi ‘kubu’.

    Ia mungkin tidak menggalakkan kedatangan pelawat yang hanya mahu bergambar di bawah menara itu tanpa mengunjungi ‘Iron Lady’ mengagumkan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda