Thursday, December 12, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menara Eiffel dibuka semula

    PARIS, 25 FEB – Menara Eiffel dibuka semula kepada pengunjung hari ini selepas ditutup selama enam hari disebabkan pekerja mogok menuntut penyelenggaraan yang lebih baik bagi mercu tanda bersejarah itu, yang menunjukkan kesan karat serta kenaikan gaji.

    Pengendali menara setinggi 330 meter itu berkata dalam satu kenyataan ia mencapai persetujuan dengan kesatuan sekerja yang mewakili pekerja selepas berjanji untuk memperuntukkan ‘pelaburan yang tinggi berjumlah kira-kira AS$412 juta menjelang 2031’ untuk kerja-kerja pemulihan.

    Minggu ini, ia juga melancarkan rundingan gaji, yang dijangka dimuktamadkan bulan depan, selepas pekerja yang mogok menuntut peningkatan yang sepadan dengan hasil daripada jualan tiket.

    Menara berusia 135 tahun itu akan dipaparkan pada 26 Julai hingga 11 Ogos dalam Sukan Paris dan Paralimpik berikutnya.

    Pingat Olimpik dan Paralimpik di Paris akan bertatahkan kepingan besi berbentuk heksagonal yang diambil dari mercu tanda bersejarah itu.

    Menara Eiffel biasanya dibuka 365 hari setahun.

    Tahun lalu, monumen itu ditutup kepada pengunjung selama 10 hari semasa protes besar-besaran di seluruh Perancis terhadap rancangan kerajaan untuk memperbaharui sistem pencen negara. – AP

    Para pengunjung semasa melawat Menara Eiffel di Paris. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda