Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Menara masjid berusia 169 tahun dipanah petir

    JASIN, 20 JUN – Beberapa jemaah di Masjid Jamek Datuk Andak Kampung Serkam Pantai terselamat daripada terkena serpihan batu konkrit puncak menara, yang terjatuh di ruang solat utama masjid berusia 169 tahun itu akibat dipanah petir awal pagi ini.

    Timbalan pengerusi masjid berkenaan, Zakaria Abu Bakar berkata kejadian pada kira-kira pukul 6:45 pagi itu berlaku semasa beliau bersama imam dan beberapa jemaah sedang meneruskan aktiviti mengaji dan berwirid selepas lebih 30 jemaah lain beredar dari ruangan berkenaan sesudah menunaikan solat Subuh.

    Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata pada mulanya mereka terdengar dentuman guruh kuat serta sedikit gegaran yang disusuli dengan bekalan elektrik terputus, dan kemudian barulah tempias air hujan mulai terasa selepas puncak menara itu disambar petir.

    Bagaimanapun, katanya beliau amat bersyukur kerana tiada kecederaan yang menimpa mana-mana jemaah dalam kejadian itu. Sementara itu salah seorang penduduk, Mohd Sufian Hashim, 43, berkata selepas solat Subuh beliau berada di rumahnya dan secara kebetulan menyaksikan kejadian itu menerusi tingkap rumahnya yang berhampiran dengan masjid.

    “Saya terdengar dentuman yang sangat kuat dan kali kedua saya dari jauh ternampak petir memanah puncak menara masjid menyebabkan percikan api dan mengeluarkan kepulan asap,” katanya.- Bernama

    Beberapa jemaah di Masjid Jamek Datuk Andak Kampung Serkam Pantai terselamat daripada terkena serpihan batu konkrit puncak menara, yang terjatuh akibat dipanah petir kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...