Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis
Drama terbaharu dari Malaysia, Cetera Hati Diya mula disiarkan pada 17 Jun lalu dan bersiaran di slot Samarinda di TV3.
Drama yang berkonsepkan percintaan dan konflik dalaman terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd itu bersiaran setiap hari Isnin sehingga Khamis, bermula pada pukul 10 malam dan dijangka mempunyai sebanyak 15 episod.
Cereta Hati Diya dibintangi oleh beberapa artis terkenal Malaysia seperti Fattah Amin, Azar Azmi yang pernah muncul dalam drama Nur 2 baru-baru ini, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan dan Mak Wan Latah.
Plot ringkas
Drama Cetera Hati Diya ini mengisahkan mengenai watak Diya yang fobia terhadap peristiwa hitam dan telah menutup pintu hatinya untuk tidak lagi mencintai mana-mana lelaki yang cuba untuk mendekatinya.
Zahil yang mempunyai perasaan terhadap Diya terus mencuba segala-galanya untuk memikat dan menawan hati Diya yang sangat keras.
Dalam drama ini, Zahil bertekad untuk melamar Diya sekali gus bertanggungjawab di atas kesalahan adik tirinya, Zakuan yang telah memperkosa Diya sebelum ini.
Apa yang menariknya dalam drama ini, Zahil juga turut menyembunyikan satu rahsia besar tentang kisah masa lalunya dari Diya, apakah rahsia besar itu, anda boleh saksikannya dalam drama Cetera Hati Diya di slot Samarinda, TV3.
