Tuesday, February 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mencari sinar dalam kegelapan

    BOSAN dengan konsep siri drama Korea yang menerapkan elemen romantik yang cukup keterlaluan dan terlalu tipikal maka sebuah siri drama Korea terbaru, Black yang menawarkan elemen misteri, fantasi dan penyiasatan ini setentunya boleh menjadi satu pilihan hiburan yang terbaru kepada para penonton.

    Skrip dalam siri drama ini ditulis oleh Chou Ran yang sebelum ini pernah menjayakan beberapa siri drama yang menampilkan konsep sama seperti Il Ji-Mae: The Phantom Thief pada tahun 2008 dan God’s Gift-14 Days pada tahun 2014.

    Barisan pelakon yang membintangi siri drama arahan Kim Hong Sun ini adalah terdiri daripada Song Seung-Heon, Go Ara, Lee El, Kim Dong-Joon, Oh Cho-Hee, Kim Won-Hae, Jo Jae-Yun, Heo Jae-Ho, Jung Suk-Yong dan ramai lagi.

    Pada dasarnya, siri drama ini mengisahkan mengenai satu susuk malaikat maut yang telah ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab iaitu mencabut nyawa manusia yang telah ditetapkan mengikut masa yang tertentu.

    Bagaimanapun, pada suatu ketika susuk malaikat tersebut telah merasakan perasaan jatuh cinta di dalam dirinya sehingga membuatkan dia nekad untuk melanggarkan peraturan dalam pelaksanaan tugas yang telah ditetapkan untuk dirinya.

    Siri drama Black menggandingkan Song Seung-Heon dan Go Ara sebagai pelakon utama.

    Setelah melanggar fitrah alam itu, susuk malaikat yang telah masuk ke dalam tubuh manusia itu mula dikenali sebagai Black.

    Dalam sudut yang lain, seorang wanita bernama Kang Ha-ram lakonan Go Ara pula merupakan seorang perempuan yang memiliki kuasa istimewa di mana dia boleh mengesyaki sesuatu bayang-bayang yang boleh menandakan bahawa sesuatu perkara buruk bakal berlaku termasuk kematian.

    Tanpa di sangka dua individu yang berusaha untuk mencegah dari kematian terus berlaku ini bertemu dan dari situ bermulanya jalinan terbaru di antara dua individu itu berusaha dalam memastikan setiap individu yang berada dalam keadaan terancam akan terus berada dalam keadaan selamat walaupun hakikatnya ia adalah satu proses yang menentang fitrah alam.

    Lalu apakah kesudahan yang berlaku dan untuk mengetahuinya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Black bagi mengetahui kesudahan kisah individu yang cuba menyingkap sinar di sebalik kegelapan ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda