Oleh Sim Y. H. & Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Lima orang pegawai dari Republik Singapura yang berada di negara ini bagi Program Pertukaran Pegawai dari Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam hari ini berpeluang untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai peranan dan fungsi yang dimainkan oleh pelbagai agensi kerajaan dalam penyebaran maklumat dengan lawatan ke Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).
Dalam lawatan ke Jabatan Penerangan, JPM di Lapangan Terbang Lama, Berakas, delegasi yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Messaging and Engagement) Kementerian Perhubungan dan Penerangan Republik Singapura, Shakera Stationwala itu telah mendengarkan taklimat mengenai strategi kerja Jabatan Penerangan oleh Pegawai Penerangan, Awang Ali Termizzi bin Haji Ramlli@Ramli.
Mereka juga menyaksikan tayangan video ‘Ristaan Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan ke-65 Tahun’ serta bertukar-tukar maklumat dan pandangan semasa sesi soal jawab.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)