Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mendalami protokol, terasul

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara Brunei Darussalam anjuran Jabatan Penerangan hari ini diteruskan dengan beberapa sesi taklimat dan juga lawatan.

    Lawatan dimulakan ke Jabatan Adat Istiadat Negara yang bertanggungjawab menyediakan surat-surat jemputan, menyusun kedudukan dan menangani hal ehwal berkaitan dengan protokol termasuklah kelengkapan dalam mengungkayahkan majlis-majlis adat istiadat dan kenegaraan.

    Semasa lawatan ke Bangunan Lapau, para peserta turut diberikan taklimat mengenai sejarah Bangunan Lapau yang disampaikan oleh Pegawai Penyelidik, Awang Muhammad Zaim bin Mahmud.

    Manakala itu, taklimat mengenai ‘Terasul dan Bahasa Pengganti Diri Bahasa Dalam’ telah disampaikan oleh Pegawai Adat Istiadat, Awang Mohd Zaizul bin Haji Daud.

    Pada taklimat itu, mereka menerangkan bahawa penggunaan terasul di pangkal nama adalah sebagai memuliakan dan memberi penghormatan kepada seseorang dan jangan nama mereka diracak atau terlalu luaran.

    Terasul juga sesuai digunakan dalam situasi atau keadaan rasmi seperti persuratan dan majlis-majlis keraian baik yang beristiadat mahupun biasa.

    Mereka juga dimaklumkan bahawa Bangunan Lapau yang ada sekarang telah siap dibina pada tahun 1968 yang mana antara peristiwa penting berlangsung di bangunan berkenaan ialah Majlis Istiadat Berpuspa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 1 Ogos 1968.

    Sebahagian peserta Program Perkampungan Sivik ketika mendengarkan taklimat berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda