Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mendambakan anak sendiri

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Tinggal beberapa minggu sahaja lagi, kita semua akan meninggalkan tahun 2019, dalam masa yang sama beberapa buah saluran televisyen akan terus menerbitkan dan menyiarkan drama-drama baharu sebelum melangkah ke tahun 2020.

    Antara drama terbaharu itu ialah Mama Papa Ekspres yang baru sahaja disiarkan pada 24 November lalu di saluran TV3 dalam slot Dahlia.

    Drama yang mempunyai 20 episod ini dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh Orange Tree Production Sdn Bhd dan bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 7 malam.

    Drama arahan Emi Suffian ini turut menampilkan Marziah Manaf sebagai penulis skrip dan dibintangi oleh dua pelakon yang memang terkenal di Malaysia iaitu Azrel Ismail dan Julia Farhana Marin.

    Selain Azrel Ismail dan Julia Farhana Marin, drama Mama Papa Ekspres ini turut dibintangi oleh beberapa orang pelakon Malaysia iaitu Aleesya Edwan, Danish Hazriq, Puteri Arora, Hamdan Senario, Sharifah Shahora, Anas Ridzuan, Amar Asyraf, Ain Sufia, Fazlina Ahmad Daud, Dottie, Muntazar Ghufran dan Draman Muhamad.

    Kronologi ringkas

    Drama yang mengetengahkan tentang tema kekeluargaan ini mengisahkan mengenai Encik Amir dan Puan Fiona yang telah berkahwin selama beberapa tahun akan tetapi belum dikurniakan anak.

    Mereka sudah beberapa kali membuat permohonan mengambil anak angkat tetapi masih tiada jawapan. Pada satu hari, Encik Emir melihat instagram jiran mereka yang penuh dengan gambar bersama anak dan isteri.

    Encik Amir terus menangis semahu-mahunya kerana sedih dengan nasibnya. Amir dan Fiona berusaha untuk dapatkan anak sendiri. Dengan bantuan Hakim, pelbagai tips dan petua mereka gunakan.

    Jiran mereka iaitu Megat dan Sarimah juga selalu membantu mereka sekeluarga ketika memerlukan. Adakah Amir dan Fiona berjaya mencapai hasrat yang mereka inginkan, anda boleh saksikan dalam drama bersiri, Mama Papa Ekspress di saluran TV3.

    Adakah Amir dan Fiona berjaya mencapai hasrat yang mereka inginkan, anda boleh saksikan dalam drama bersiri, Mama Papa Ekspress di saluran TV3.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda