Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mendiang bekas Presiden Vietnam bakal disemadikan

    HANOI, 21 JULAI – Vietnam akan mengadakan upacara pengebumian untuk mendiang pemimpin komunis, Nguyen Phu Trong pada minggu depan, kata parti itu kelmarin.

    Trong meninggal dunia pada usia 80 tahun pada Jumaat lalu di sebuah hospital tentera di Hanoi kerana usia tua dan penyakit serius.

    Upacara pengebumian akan berlangsung selama dua hari di ibu negara Vietnam pada 25 dan 26 Julai, di mana tempoh berkabung akan diadakan, kata Parti Komunis Vietnam.

    Trong akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mai Dich Hanoi pada 26 Julai, jam 3 petang, kata parti itu dalam satu kenyataan. “Kematian beliau adalah satu kehilangan besar untuk parti, negara dan rakyat serta keluarganya,” kata kenyataan itu. – AFP

    Nguyen Phu Trong meninggal dunia pada 19 Julai 2024 pada usia 80 tahun kerana penyakit yang serius. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda