Saturday, May 17, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mendulang emas untuk sara hidup

    TIMIKA, INDONESIA – Dengan pandemik koronavirus menjejas teruk pekerjaan di seluruh negara, penduduk Indonesia yang terdesak sedang mengerumuni lombong emas haram tatkala harga logam berharga itu naik mendadak baru-baru ini, pelombong tidak menghiraukan risiko perlombongan yang timbul terhadap nyawa mereka dan juga alam sekitar.

    Bimbang dengan ketidakstabilan ekonomi yang dicetuskan oleh pandemik, pengguna dan pelabur di seluruh dunia telah merebut emas, yang dilihat sebagai perlindungan ke atas keadaan tidak stabil, mendorong harganya meningkat melebihi AS$2,000 satu auns pada bulan lalu.

    Pertambahan dalam permintaan telah menyemarakkan keadaan melambung dalam industri perlombongan haram di Indonesia, dengan pekerja tidak mengendahkan ancaman penangkapan, keracunan merkuri atau terperangkap di tengah pertempuran senjata api.

    Mustafa, bapa kepada dua anak, adalah antara ratusan penduduk yang bermain kejar-mengejar dengan pihak berkuasa di rantau bergolak Papua tatkala mereka mendulang ketul emas di sebatang sungai berhampiran tapak lombong Freeport yang berpangkalan di AS, Grasberg – salah sebuah lombong emas terbesar di dunia.

    Pada hari yang baik, Mustafa mengumpul satu gram emas dengan menapis menerusi lumpur dengan menggunakan penapis fabrik, yang boleh dijualnya kepada peniaga tempatan dengan harga kira-kira 800,000 rupiah (AS$55) – jumlah yang bukan kecil di salah satu kawasan paling miskin di Indonesia.

    Pelombong mendulang emas di sebatang sungai berhampiran Korowai, wilayah Papua. – AFP

    Anggota puak Amungme Komoro mendulang ketul emas di sungai berhampiran tapak lombong Grasberg d Timika, Papua Barat. – AFP

    Pelombong di sini tidak menggunakan merkuri, katanya, tetapi terdapat banyak risiko yang menanti di wilayah timur Indonesia.

    Kebimbangan ditangkap sentiasa wujud, begitu juga risiko terperangkap di tengah pertempuran di antara anggota keselamatan dan pemberontak yang berusaha mencapai kemerdekaan dalam pemberontakan berusia beberapa dekad.

    “Terdapat ramai di antara kami di sini sekarang semasa pandemik disebabkan harga emas telah melonjak naik,” beritahu Mustafa kepada AFP dalam temu bual telefon baru-baru ini.

    “Kami berdepan risiko ditangkap oleh anggota keselamatan, tetapi kami tidak mempunyai sebarang pilihan lain disebabkan kami memerlukan wang untuk menyara keluarga kami.”

    Pekerjaan yang menjerihkan itu juga datang bersama risiko dijangkiti koronavirus atau jangkitan kulit kerana meranduk dalam air yang dipenuhi dengan bahan buangan dari lombong berhampiran.

    “Ia amat memudaratkan kesihatan kami. Saya dan beberapa kawan saya mempunyai penyakit kulit,” kata Mustafa. “Namun syukurlah, setakat ini tidak ada sesiapa yang dijangkiti virus.”

    Beribu-ribu kilometer ke kawasan barat di Kalimantan – bahagian pulau Borneo Indonesia – polis pada bulan ini menahan 400 pelombong emas yang dituduh beroperasi secara haram di sebuah kawasan pemuliharaan, satu operasi yang boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

    Di sini, bahaya merkuri kepada pelombong dan alam sekitar adalah teruk, kata Sustyo Iriyono, pengarah pencegahan dan perlindungan hutan kementerian alam sekitar.

    “Penangkapan terbaharu di Kalimantan menunjukkan bahawa aktiviti haram adalah besar,” kata beliau.

    Sementara kementerian masih belum mempunyai data, Iriyono berkata perlombongan haram telah meningkat di seluruh negara, termasuk di pulau Jawa yang mempunyai penduduk padat dan kawasan terpencil Sumbawa.

    “Harga emas yang tinggi semasa pandemik merupakan pendorong di sebalik aktiviti haram ini,” kata beliau.

    “Mereka memperoleh keuntungan dengan memusnahkan alam sekitar. Kami berusaha mencari satu penyelesaian.”

    Aktivis alam sekitar Aiesh Rumbekwan berkata ‘peningkatan besar’ dalam perlombongan yang tidak dibenarkan sedang didorong oleh penduduk yang terdesak untuk mencari mata pencarian demi menyara keluarga mereka dalam ekonomi yang terkesan akibat pandemik.

    Bantuan kerajaan adalah perlahan untuk sampai ke kebanyakan kawasan di negara kepulauan itu.

    “Pelombong haram sering menggunakan merkuri untuk mempercepatkan proses dan ia akan menjejas alam sekitar serta tempat-tempat di mana akti-viti ini mempunyai kaitan dengan sumber air seperti tasik atau sungai,” kata Rumbekwan, yang mengetuai rangkaian alam sekitar cawangan Papua, Walhi.

    “Ia boleh membawa kepada bencana ekologi.”

    Indonesia mengharamkan penggunaan merkuri untuk pelombong mahir pada tahun 2017. Namun logam berbahaya itu, yang boleh menjejaskan sistem saraf dan mengakibatkan kecacatan anak damit yang baru lahir, masih boleh dibeli di pasaran gelap.

    Mata pencarian sekurang-kurangnya satu juta penduduk Indonesia adalah bergantung pada perlombongan berskala kecil-kecilan, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), yang mempromosi teknologi bebas merkuri.

    Meskipun sekatan pandemik, terdapat laporan mengenai operator tanpa lesen yang membawa puluhan pendatang tempatan ke tapak lombong sementara di seluruh negara, yang lama terdedah kepada kemalangan yang membawa maut.

    “Tidak adanya kawalan dari pihak berkuasa,” kata Rumbekwan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/