Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menelusuri sejarah ‘Mexico Streets’

    BANDAR MEXICO – Bandar Mexico telah berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain sejak Aztec tinggal di sini dalam tahun 1315, bandar jajahan ini diasaskan oleh orang Sepanyol dengan sistem grid jalan raya lahir daripada penaklukan berdarah pada tahun 1521.

    Jalan-jalan ini antara yang tertua dan semakin menghampiri usianya ke 500 tahun, dua orang penulis Mexico cuba mengupas kembali lapisan-lapisan perubahan yang telah menyembunyikan sejarahnya.

    Tiga tahun lalu, Hector de Mauleon dan sekutu utamanya, Rafael Perez Gay, memujuk kerajaan bandar supaya membina plak di selekoh jalan pusat bandar untuk memberikan beberapa gambaran kepada orang ramai mengenai penduduknya atau peristiwa-peristiwa penting yang lalu.

    Plak-plak itu dibuat dari tembikar hiasan gaya kolonial dikenali sebagai ‘Talavera’ dan kerap ditampalkan dengan penuh hati-hati pada permukaan binaan.

    Di metropolis itu, yang mana begitu banyak yang telah berlaku dan masih berlaku di jalan raya seperti pasar-pasar, bantahan dan persembahan kesenian, itu adalah cara mengembalikan semula sejarah bandar ini.

    Di metropolis itu, yang mana begitu banyak yang telah berlaku dan masih berlaku di jalan raya seperti pasar-pasar, bantahan dan persembahan kesenian, itu adalah cara mengembalikan semula sejarah bandar ini. – AP

    Nama asal diubah

    Setakat ini, mereka mempunyai rancangan untuk membina 200 buah plak, namun proses membinanya baru sahaja bermula dan mungkin diluaskan ke kawasan-kawasan lain, seperti daerah selatan Coyoacan, tempat Spaniard Hernan Cortes menubuhkan kerajaannya tidak lama selepas menakluki bandar itu.

    De Mauleon dapat mengimbas kembali ketika mudanya berjalan di jalan raya pusat bandar bersama datuknya.

    De Mauleon berkata, “Dia (datuknya) sangat suka membawa berjalan-jalan dan mengimbau kembali apa yang pernah wujud di situ sebelumnya. Saya akan menemaninya dan ia seperti melakukan dua perjalanan sekali gus: perjalanan pada ketika itu dan perjalanan tentang perkara-perkara yang telah berlaku lama dulu, atau tidak lagi wujud di sana.”

    Namun sukar jika tidak tahu apa yang dicari. Bermula sekitar tahun 1921, ulang tahun ke-100 kemerdekaan Mexico, kerajaan telah mengubah kebanyakan nama-nama jalan.

    Kebanyakan jalan raya dinamakan untuk negara-negara Amerika Latin seperti Brazil, Chile atau Argentina sebagai tanda penghargaan kerajaan kerana mereka telah menghantar wakil-wakil untuk menemui Presiden Alvaro Obregon pada ketika ulang tahun ke-100, pada ketika negara masih digelisahkan oleh kebangkitan berkala selepas revolusi berdarah Mexico tahun 1910-1917.

    “Nama asal ‘Brazil Street’, misalnya adalah ‘Sepulcher of Santo Domingo’. Itu adalah nama yang cantik,” ujar De Mauleon.

    Jalan-jalan lain dinamakan semula untuk memberi penghormatan kepada wira-wira yang terkorban dalam revolusi atau tarikh-tarikh pertempuran utama. Nama-nama asal semakin dilupakan. “Apabila mereka mengubahnya, mereka telah memutuskan memori bersama,” ujarnya lagi.

    Tidak mengejutkan bagi sebuah bandar tua sebegini, itu bukanlah cubaan pertama untuk meletakkan penanda bersejarah di pusat bandar. Dalam tahun 1928 sekumpulan intelek telah meminta kebenaran daripada pihak berkuasa untuk mendirikan plak-plak, yang sesetengahnya masih ada hingga kini, kerap dengan hanya nama asal jalan raya itu.

    Bandar ini penuh dengan legenda atau pernah penuh dengan legenda. – AP

    Bandar jajahan ini diasaskan oleh orang Sepanyol dengan sistem grid jalan raya lahir dari penaklukan berdarah pada tahun 1521. – AP

    Namun memori lebih dari hanya tatanama telah pudar. Sebuah plak yang dirancang akan menandai lokasi sebuah hotel yang telah diambil alih oleh pasukan tentera AS pada Perang Amerika-Mexico dalam tahun 1846-48.

    Zaman peralihan di Eropah

    Bandar Mexico telah diasaskan pada ketika peralihan di Eropah, apabila benua lama muncul dari sistem kesatuan berdekad-dekad lamanya yang diamalkan pada Zaman Pertengahan.

    Pada asalnya Bandar Mexico mempunyai sesuatu pengaruh kesatuan juga. Semua pekerja daripada kraf tertentu, misalnya, pekerja-pekerja logam atau pembuat kasut, ditugaskan di bahagian-bahagian berlainan di bandar itu untuk berniaga, atau kerap keseluruhan jalan raya. Saki baki sejarah masih utuh.

    De Mauleon berdiri di dataran utama bandar, Zocalo, dibayangi oleh gereja besar dan dewan bandar Baroque, berhampiran kerja penggalian yang mendedahkan sebahagian piramid sebelum Aztec Hispanik.

    Dia menunjukkan bangunan lama di satu selekoh yang hanya terdapat kedai-kedai menjual emas dan barang kemas. Ini pernah menjadi kawasan yang diperuntukkan untuk tukang-tukang emas, jelasnya.

    Dia menambah bahawa “Setiap jalan mendapat nama berdasarkan satu atau tiga perkara, kerana terdapat bangunan di sana yang memberikannya nama itu, seperti biara atau gereja. Atau sesetengah orang penting yang tinggal di sana, atau sesuatu yang penting berlaku di sana yang patut diingati, seperti legenda.”

    Dalam tempoh beberapa tahun, perubahan yang berlaku perlahan-lahan mengaburkan kebanyakan sejarah. De Mauleon menunjukkan sebuah restoran yang pernah menjadi stor ubat dan juga tempat di mana gambar bergerak pertama kali ditayangkan di Mexico pada tahun 1896.

    Bandar ini penuh dengan legenda atau pernah penuh dengan legenda, apabila orang menyesuaikan diri dengannya.

    De Mauleon berkata “Dalam hari-hari itu, anda boleh berjalan-jalan dan anda akan menyedari bandar ini bercakap dengan anda, ia menceritakan kepada anda tentang masa lalunya.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda