ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
JACK tidak suka kepada pencerita kisah dongengnya yang sering mengarahkannya untuk membuat sesuatu.
Apabila Jack disuruh untuk menukarkan lembu kesayangannya Bessie dengan kacang-kacang ajaib, membuangkan kacang itu keluar jendela, memanjat pokok kacang besar yang tubuh semalaman dan mencuri daripada gergasi, Jack menganggap kisah dongeng itu sudah melampaui batas.
Dia sudah jemu mendengar arahan untuk mengikut jalan ceritanya, siapa cakap Jack harus menjadi seorang yang berani, menjadi pencuri dan menipu gergasi? Dia membuat keputusan untuk membuat kisahnya sendiri yang para pembaca pasti tidak akan dapat meneka apakah yang akan terjadi seterusnya.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/1-10p5-rubie_031117.jpg)
Dengan dialog-dialog lucu yang sepastinya akan membuatkan pembaca tidak kering gusi dan lukisan grafik yang menarik daripada Edwardian Taylor, termasuk makhluk-makhluk dongeng tersembunyi untuk ditemui, kisah olahan terbaru Jack dengan pokok kacang ini sangat sesuai untuk pembaca-pembaca golongan kanak-kanak.
Untuk itu melepaskan peluang untuk mendapatkan buku kanak-kanak It’s Not Jack and the Beanstalk karya Josh Funk ini di pasaran segera.