ALBUQUERQUE – Jauh dari suasana sibuk sebagaimana yang dialami dalam kebanyakan bandaraya yang lain, New Mexico jelas menawarkan sebuah panorama yang indah dan peluang untuk mengembara merentasi kawasan gurun dan gunung yang mengagumkan dan menatap langit biru yang terbentang luas serta melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan jelas merupakan satu peluang yang sangat berharga.
Di samping itu, para pelancong yang berpeluang untuk mengembara juga bakal berpeluang untuk merasai sendiri pelbagai pengalaman menarik seperti menikmati hidangan enak dan menaiki belon udara panas.
Penginapan di Hyatt Regency Tamaya Resort and Spa jelas sesuai menjadi pilihan sewaktu di Albuquerque. Jarak penginapan tersebut dengan salah satu kawasan perkampungan hanya mengambil masa sekitar setengah jam dan pemanduan dari bandaraya Santa Fe ke tempat penginapan yang cukup mewah dilengkapi dengan seni bina elegan dan hidangan enak itu pula hanya memakan masa selama satu jam.
Pengunjung yang berpeluang untuk singgah ke kawasan ini juga turut berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik di kawasan berdekatan seperti melihat bagaimana kuda dan beberapa binatang ternakan lain menerima rawatan di dalam kandang.
Bagi individu yang ingin merasakan keseronokan yang berganda di pusat rawatan tersebut pula boleh mengambil kesempatan untuk menunggang kuda, menyertai sukan hoki, melakukan cabaran aksi perlumbaan kuda yang berhadapan dengan pelbagai halangan dan sebagainya.
Bagi yang berhasrat untuk memenuhi selera pula wajar untuk mencuba hidangan istimewa yang terdiri daripada stik rusuk daging yang ditawarkan di restoran berdekatan dengan kawasan tersebut di mana keenakan rasa dan tekstur dagingnya jelas terasa.


Keindahan landskap kesan gunung berapi
Ribuan tahun yang lalu, letupan gunung berapi telah meninggalkan kesan landskap batu putih yang berbentuk seperti kon di mana ia seolah-olah menyerupai seperti sesuatu yang ditonjolkan dalam epik sains fiksyen.
Justeru itulah kawasan yang dikenali sebagai Monumen Kebangsaan Tent Rocks yang membukakan peluang kepada para pengunjung yang gemar melakukan aktiviti lasak di mana mereka berpeluang untuk mendaki salah satu daripada dua laluan yang cukup mencabar.
Pada kebiasaannya, aktiviti pendakian berlangsung selama 90 minit sehingga ke dua jam di mana para pengembara akan berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti merentasi kawasan curam dan berbukit di samping menikmati panorama indah di sekitar lembah dan pergunungan itu.
Kira-kira 50 kilometer dari kawasan itu merupakan satu tapak kesan daripada letupan gunung berapi berukuran 21 kilometer berbentuk bulatan di kenali sebagai Hutan Simpan Valles Calderra.
Menariknya hutan dan rumput yang menghijau di kawasan itu turut diselangi dengan panorama indah menghala ke arah padang pasir di sekelilingnya.
Berikutan daripada struktur kawasan yang terletak pada paras ketinggian 11,000 kaki persegi telah membuatkan suhu cuaca di kawasan itu pada paras yang rendah bahkan antara yang terendah di rantau tersebut.
Di sepanjang pengembaraan di kawasan tersebut para pengunjung akan berpeluang untuk melihat pelbagai spesies hidupan liar seperti rusa, monyet, helang emas dan beruang hitam yang unik.
Bagi yang berhasrat untuk melakukan aksi pendakian di kawasan tersebut adalah dinasihatkan untuk membawa bekalan air yang mencukupi di samping memakai pakaian yang bersesuaian.
Aktiviti pemburuan rusa di kawasan tersebut dijangka aktif sehingga menjelang 6 Disember di kawasan taman tersebut di mana para pengunjung adalah dinasihatkan untuk mengenakan pakaian berwarna cerah agar tetap kelihatan serta berada pada tahap yang lebih selamat.
Menerokai kawasan bandaraya
Setelah lelah menikmati suasana gurun padang pasir dan keajaiban yang ditawarkan di kawasan yang agak terpencil itu, kini para pemain akan terus berpeluang untuk menerokai lebih banyak tempat menarik di sekitar Albuquerque dan Santa Fe.
Bandar lama Albuquerque dipenuhi dengan kedai-kedai cendermata dan seni bina indah seperti Gereja San Felipe de Neri yang wujud sejak kurun ke-18.
Di seberang kampus Universiti New Mexico adalah restoran Albuquerque yang cukup terkenal, Frontier.
Menu gaya kafeteria itu menawarkan hidangan asas seperti telur, burger dan sandwich di samping menu klasik dari New Mexico seperti burito dan lada hijau yang dihidangkan dengan gaya masakan secara berebus.
Selepas itu, para pengunjung juga tidak wajar untuk melepaskan peluang melalui perjalanan ke Sandia Peak Tramway pada waktu senja.
Perjalanan sekitar 4.3 kilometer itu akan membawa pengembara berada pada kawasan tinggi pada paras 10,000 kaki di atas Lembah Rio Grande.
Menariknya ketika berada di kawasan lembah pada waktu senja itu para pengembara akan berpeluang untuk menyaksikan panorama indah dari suasana lembah yang dibayangi dengan warna kuning beralih kepada merah keungguan dan beransur gelap tatkala matahari sudah terbenam
Menaiki belon udara panas merupakan salah satu perkara yang cukup menyeronokkan dan dapat dilakukan di New Mexico namun ia setentunya menjadi satu cabaran bagi individu yang mengalami masalah gayat atau tidak selesa untuk berada pada kedudukan yang tinggi.
Untuk melakukan aktiviti ini, para pengembara harus bangun seawal pagi bagi menikmati suasana indah di sekitar bandar tersebut.
Penerbangan menaiki belon udara panas merentasi kawasan setinggi 1,000 kaki itu memakan masa selama satu jam di mana setentunya bagi setiap individu yang berjaya melaluinya akan berasa lebih bangga tatkala ketibaan mereka di sambut dengan tepukan warga setempat.
Di sebalik cabaran dan keseronokan yang dapat dialami namun peserta yang berhasrat untuk melalui pengalaman yang sangat berharga itu harus membayar kos yang agak tinggi.
Selain itu, pengunjung yang berpeluang untuk mengunjungi Meow Wolf juga bakal berpeluang untuk menyaksikan seni interaktif.
Bangunan yang memiliki reka bentuk itu setentunya akan membuatkan para pengunjung berasa kagum tatkala menghayati nilai seni dan estetika yang ditampilkan di dalamnya.
Berdekatan dengan kawasan bandar tersebut pula, para pengunjung turut berpeluang untuk meluangkan masa untuk melawat sebuah kawasan perkampungan purba yang dikenali sebagai Taos Pueblo.
Bagi mendalami nilai sejarah pula para pengunjung wajar untuk tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi
Muzium Georgia O’Keeffe pula menyediakan maklumat-maklumat yang berunsur sejarah serta beberapa karya yang dihasilkan oleh artis itu sendiri dan ia biasanya dapat dilakukan hanya dalam tempoh satu jam.
Manakala bagi individu yang berhasrat untuk menikmati sendiri berada di kawasan yang dipenuhi dengan nilai semulajadi pula harus mengambil peluang untuk melawat ke sebuah ladang ternakan, Ghost Ranch.
Ladang ternakan tersebut merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk bersantai di samping turut menyediakan pusat pendidikan yang unik di mana turut pernah menjadi sebagai kawasan kediaman kepada Georgia O’Keeffe. – AP