Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menerokai kemahiran dalam kerjaya perisikan

    NEW YORK – Setentunya ada yang pernah berangan-angan menjadi ejen perisik terhebat sebagaimana yang ditonjolkan dalam kebanyakan filem dan acara televisyen.

    Menyedari akan sukarnya impian tersebut untuk direalisasikan maka pameran SKYSCAPE telah diadakan di mana ia kelihatan telah berjaya menarik minat ramai pengunjung di Manhattan.

    Dalam pameran tersebut, pengunjung berpeluang untuk mempelajari sejarah, teknik dan definisi sebenar merujuk kepada kerjaya seorang perisik terkemuka.

    Lebih menarik lagi, apabila para pengunjung turut berpeluang untuk melihat kerjaya perisikan dari era lalu dan kini merangkumi pemecahan kod pada mesin Perang Dunia Kedua dan pelbagai teknik-teknik yang pernah dilakukan oleh perisik terkemuka dunia.

    Pengunjung turut berpeluang untuk menguji kehebatan beberapa peralatan yang ditampilkan di dalam pameran itu dan setiap daripada peralatan yang dibenarkan itu telah diperiksa serta terjamin tahap keselamatannya.

    Pengunjung turut berpeluang untuk mencabar diri dengan melalui halangan cahaya laser. – AP
    Koleksi topeng yang pernah dipakai oleh ahli kumpulan penggodam antarabangsa Anonymous juga ditampilkan dan lebih istimewa apabila ia turut ditandatangani.

    “Seorang perisik adalah ibarat seperti barisan adiwira di dunia nyata. Walaupun mereka tidak memiliki sebarang kuasa istimewa namun mereka turut menjalani latihan, kecerdasan minda dan ketangkasan langkah untuk berusaha menangani pelbagai permasalahan,” tambah Prichard.

    Ruang pameran turut dibahagikan kepada beberapa galeri yang berbeza di mana setiap satunya memiliki pengkhususan tertentu seperti penggodaman, kelicikan, kecerdasan, siber, pemantauan dan operasi tertentu.

    Dalam setiap galeri, para pengunjung turut berpeluang untuk menyaksikan sendiri artifak yang berkaitan dengan sesuatu kawasan itu seperti mesin Enigma yang digunakan oleh Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua atau topeng yang pernah dipakai oleh ahli kumpulan penggodam antarabangsa Anonymous.

    Lebih menarik lagi apabila ada di antara topeng tersebut turut ditandatangani sambil menyelitkan kod nama individu yang pernah memakainya.

    Di ruang pemantauan pula, memperlihatkan peralatan-peralatan canggih yang digunakan oleh kerajaan dan beberapa organisasi tertentu.

    Salah satu, kisah pemantauan yang menarik dikongsikan dalam ruangan ini adalah Seafood from Slaves di mana pihak pemantauan yang melaksanakan tugas sumber makanan laut yang pernah dihidangkan kepada warga AS yang diperolehi dari hasil kerja keras buruh dari Asia Tenggara.

    Mesin Enigma yang digunakan oleh Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua memiliki sejarahnya yang tersendiri. – AP
    Kamera litar pintas turut dipamerkan di pameran SKYSCAPE yang menumpukan kepada kelengkapan perisikan. – AP

    Kegiatan tersebut telah berjaya dipantau dengan bantuan teknologi satelit yang berupaya untuk mengesan kapal kargo yang membawa bekalan makanan laut itu sehingga ke kawasan pemunggahan.

    Bagi meyakinkan lagi para pengunjung, SPYSCAPE turut mempamerkan peralatan yang digunakan untuk aktviti perdagangan dan komputer riba yang pernah digunakan oleh wartawan yang melaporkan mengenai hal itu.

    “Kami berusaha untuk memperlihatkan kepada pengunjung mengenai cara perisik melakukan tugas mereka secara lebih meyakinkan,” jelas Prichard.

    Di samping itu, pameran ini juga turut mengetengahkan mengenai isu terkini seperti penggunaan aplikasi telefon pintar seperti WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram secara sihat dan bagaimana cara untuk membataskan perkongsian di dunia siber.

    Ujian interaktif juga boleh disertai oleh pengunjung di mana ia turut memberikan manfaat terhadap perkembangan minda.

    Pengunjung akan diajukan beberapa soalan bagi mengukur tahap IQ dan pada sudut yang lain mereka turut didedahkan bagaimana situasi dalam sesebuah interogasi dilaksanakan di mana kejujuran terhadap setiap jawapan akan dapat dirungkai.

    Manakala bagi pengunjung yang gemar memperlihatkan kemahiran dari sudut fizikal pula boleh mengunjungi ruang Operasi Khas di mana mereka berpeluang untuk berlari dan berusaha menyelamatkan diri daripada pancaran laser di dalam ruang yang agak mencabar. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda