SALAH seorang profesor di Universiti New York menjelaskan bahawa menjalani kehidupan di Shanghai jelas memperlihatkan seolah-olah berada di dalam salah sebuah wilayah di New York
Profesor Joanna Waley-Cohen beranggapan bahawa ia setentunya terjadi berikutan daripada saiz bandar raya tersebut dan dibandingkan bersama dengan keramaian penduduk iaitu sekitar 25 juta orang dan juga turut dipengaruhi oleh infrastruktur seperti kemudahan sistem kereta api yang moden dan kepantasan wifi.
Kebanyakan pelancong yang pernah berkunjung ke Shanghai menjelaskan bahawa suasana bandar raya tersebut lebih merujuk kepada suasana yang sibuk berbanding sesak.
Para pekerja di negara tersebut juga terdiri daripada pelbagai warganegara, ada di antaranya yang bekerja di syarikat-syarikat multinasional yang berpangkalan di Shanghai dan anak-anak mereka pula menuntut ilmu di sekolah-sekolah antarabangsa.
Berikutan daripada penambahan jumlah pelancong dan pekerja asing di negara tersebut juga sedikit sebanyak telah membuatkan begitu banyak pelabur asing yang berhasrat untuk membuka pelbagai jenis restoran dan pusat hiburan yang menarik.


Malah begitu banyak juga hotel baru yang telah dibuka berhadapan dengan kawasan yang menghala ke arah taman dan air termasuk Hotel Peace dan Waldorf Astoria yang sangat menakjubkan di mana ia pernah berjaya meraih populariti di kalangan warga British.
Berjalan melalui lorong marmar Waldorf, para pengunjung setentunya akan dapat menyaksikan masyarakat tempatan yang melelapkan mata sambil duduk di kerusi malas di tempat awam yang setentunya satu fenomena baru namun ia dianggap sebagai sesuatu perkara yang normal di negara itu.
Dalam perbandingan di antara negeri jiran seperti Hong Kong dan Beijing, ternyata lebih banyak bangunan-bangunan tinggi yang dapat disaksikan di bandar raya Shanghai itu.
Penampilan menaranya yang bersinar itu dianggap sebagai simbol kepada dedikasi negara tersebut terhadap perdaga-ngan global yang sering menjadi satu tarikan kepada pelancong yang gemar untuk membeli-belah. Shanghai Times Square pula sentiasa sibuk pada malam Jumaat di mana ia dipenuhi dengan deretan butik-butik terkemuka dunia seperti Ferragamo, Gucci dan Hermes malah juga turut menawarkan makanan tradisi jalanan seperti mi dan ladu.
Bandar raya tersebut juga pernah dikenali sebagai Paris di Negara Oriental dan Festival Kesusasteraan Antarabangsa Shanghai juga sedikit sebanyak berkaitan dengan bagaimana cara wanita mampu untuk terselamat sewaktu era peperangan Perancis.
Festival tersebut mula dianjurkan oleh Michelle Garnaut, seorang pengusaha restoran terkemuka yang berasal dari Australia.
Restoran terkemuka , M On The Bund yang menampilkan suasana bumbung terbuka dan memiliki pemandangan indah yang menghala ke arah Pudong, sebuah kawasan ekonomi yang terletak bersebelahan dengan Sungai Huangpu.



Restoran bertaraf antarabangsa itu jelas sesuai untuk melengkapi keperluan di sebuah bandar raya metropolitan sekali gus mencipta sebuah pusat perdagangan moden yang turut mengekalkan ciri-ciri tradisi kebanggaan negara itu.
Dari pertengahan kurun ke-19, Shanghai telah berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju di dalam wilayah China dan di seluruh dunia berikutan daripada lokasi pelabuhannya yang sangat menguntungkan.
Pada sekitar tahun 1920an, bandar raya tersebut memang cukup terkenal dengan persembahan jazz yang sangat merdu sehingga berjaya menarik minat anggota tentera laut Amerika. Wallis Simpson juga mengunjungi bandar raya tersebut dengan hasrat untuk menenangkan fikiran berikutan daripada isu perkahwinan yang beliau hadapi.
Kemudian pada sekitar 1930an, Shanghai menjadi destinasi pilihan pendaratan terakhir bagi hampir 20,000 orang pelarian yang telah melarikan diri dari Nazi Eropah.
Selepas tentera Jepun menduduki bandar tersebut, kebanyakan warga Yahudi telah diusir ke dalam sektor pelarian tanpa kerakyatan di Daerah Hongkou yang juga turut dikenali sebagai Shanghai Ghetto.
Kehidupan bagi mereka ternyata cukup mencabar dan apabila kumpulan ghetto tersebut dibebaskan pada tahun 1945, kebanyakan daripada mereka telah meninggalkan Shanghai dan membina kehidupan yang baru di Australia, Amerika Syarikat dan Israel.
Kini, bandar raya tersebut telah berjaya menarik lebih ramai pelancong asing dan negara tersebut juga semakin meningkatkan usaha untuk terus memelihara dan memperkenalkan tapak warisan negaranya.


Rumah ibadat dan sebuah kilang pada era komunis juga telah dibina semula dan lebih dikenali sebagai sebuah muzium bagi menyesuaikan konsep dengan dasar rasmi China terhadap agama.
Hanya beberapa buah kedai cenderahati yang menawarkan buku yang berkaitan dengan agama masih tetap dikekalkan di kawasan tersebut.
Rumah-rumah yang berdekatan dengan kawasan rumah ibadat lama itu didiami oleh sekelompok keluarga berbangsa China apabila kebanyakan daripada mereka telah berhijarah ke kawasan bandar berikutan daripada peningkatan kadar ekonomi.
Terdapat juga beberapa lelaki yang berpakaian tradisi seperti baju tidur yang dapat disaksikan di sekitar kawasan tersebut malah pihak berkuasa tempatan juga telah menggalakkan mengenai tradisi tersebut.
Beberapa orang telah bergiat aktif dalam pelbagai jenis perusahaan seperti pertukangan kasut, kedai jahit dan salon kecantikan.
Bandar raya Shanghai moden memang menjanjikan panorama yang sangat indah dan menarik di mana ia jelas sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan.