ASSISI – Sebuah kawasan yang terbentang luas mempamerkan panorama hijau di kedua-dua belah jalan raya jelas menjanjikan satu rasa ketenangan kepada individu yang berpeluang untuk menikmatinya.
Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkampungan Todi, kebanyakan pengunjung juga turut mengambil kesempatan untuk berhenti bagi merakamkan gambar di sepanjang jalan sebelum meneruskan perjalanan merentasi kawasan sejauh 17 km yang memakan masa selama satu jam daripada rumah ladang di kawasan Umbria.
Umbria merupakan sebuah kawasan pertanian yang tetap indah dengan suasana hijau di Itali. Fenomena kemarau yang berlaku pada awal tahun ini sedikit sebanyak turut menjejaskan suasana di kawasan tersebut termasuk keadaan bunga matahari yang jelas kelihatan kering.
Bagaimanapun ia jelas tetap tidak mencacatkan suasana bagi setiap pemerhati yang merentasi laluan di kawasan tersebut.
Sebaik sahaja pengunjung tiba di Todi, mereka berpeluang untuk menaiki funicular yang disediakan secara percuma di mana ia adalah merupakan satu perhubungan yang menyerupai seperti lif yang memiliki penjuru di mana ia menghubungkan kawasan letak kereta dengan kawasan lapang di bahagian puncak.
Bau asap kesan dari pembakaran jelas menghubungkan para pengunjung untuk menuju ke Piazza del Popolo yang terletak di pinggir bandar dan selepas itu para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati hidangan sambil menyaksikan keindahan suasana matahari terbenam di sebalik kawasan pergunungan itu.
Kumpulan bangunan berbentuk blok travertine yang berada di luar piazza pada waktu senja jelas memperlihatkan suasana seperti berada di sebuah taman tema yang menerapkan elemen zaman pertengahan.
Keceriaan jelas terasa dengan iringan suara latar yang dipersembahkan oleh barisan kanak-kanak yang berada di sekitar taman tersebut dan begitu juga dengan warga setempat juga kelihatan begitu sibuk untuk menyediakan hidangan makan malam tatkala waktu sudah mulai melangkah masuk ke waktu malam.



Namun kehadiran siaran berita yang dipaparkan di kaca televisyen secara tidak langsung turut memberhentikan khayalan pengunjung yang berada seolah-olah dalam sebuah dunia di era pertengahan.
Kehadiran pasangan muda bersama dengan anak-anak dapat dilihat di Foligno di mana mereka jelas asyik menikmati hiburan melalui konsert percuma yang dipersembahkan di kawasan lapang itu.
Sementara di Gualdo Cattaneo, ribuan pengunjung juga mengambil kesempatan untuk singgah bagi mengalami sendiri rasa keseronokan pada festival yang dianjurkan di kawasan kubu yang berbentuk silinder pada setiap hujung minggu.
Ia jelas berbeza pula pada suasana yang disaksikan di Perugia di mana pengunjungnya adalah terdiri daripada para pelancong yang berasa terhibur dengan alunan muzik jazz yang dipersembahkan.
Kebanyakan pelayan, pemandu pelancong dan pekerja hotel menjelaskan bahawa jumlah pengunjung hotel telah menurun sejak peristiwa gempa bumi melanda Itali pada tahun lalu.
Hakikatnya, Umbria tetap merupakan sebuah kawasan rantau yang kurang sibuk berbanding daripada rantau yang lain. Ia juga seringkali disamakan dengan Tuscany di mana ia dikatakan sebagai bandar yang banyak menghidangkan pelbagai hidangan enak namun hanya menerima kunjungan daripada sebilangan orang.
Salah satu punca terhadap kekurangan jumlah pengunjung tersebut adalah berikutan daripada ketiadaaan khidmat keretapi yang berkelajuan tinggi sehingga membuatkan para pengunjung terpaksa untuk menaiki kapal terbang menuju ke Florence sebelum menuju ke Umbria. Malah ada juga sesetengah individu yang terpaksa melakukan penerbangan menuju ke Rome dan meneruskan perjalanan selama dua jam sebelum tiba di Umbria.
Assisi pula telah menjadi satu tempat persinggahan kepada St. Francis dalam usaha untuk menyampaikan mesej cinta kepada penduduk setempat pada suatu ketika dahulu. Beliau juga telah menyumbangkan dana kewangan bagi pembinaan Piazza del Commune pada 800 tahun yang lalu.
Berdekatan dengan Piazza del Commune itu adalah sebuah kuil, Corinthian yang menampilkan konsep Roman dari aspek luaran di mana keadaan tiang-tiangnya berserta patungnya tetap terus dipelihara sehingga kini.
Manakala ruang dalaman kuil tersebut telah diubah dengan menerapkan konsep Baroque pada kurun ke-17 di mana Ia telah dijadikan sebagai sebuah gereja yang tetap digunakan sehingga kini.
Alunan muzik yang beralun perlahan-lahan serta mendayu-dayu telah mengiringi para pengunjung yang berjalan mengunjungi masuk ke dalam gereja tersebut di mana salah seorang penjaga gereja juga kelihatan begitu bersemangat dalam mengongsikan sejarah dan usaha Francis dalam memulihkan keadaan gereja tersebut di mana ia cukup sebati dengan kehidupan masyarakat setempat.
Secara keseluruhan, meluangkan masa di beberapa buah kawasan di wilayah Umbria setentunya merupakan satu aktiviti yang jelas cukup menenangkan kerana bukan sahaja ia menawarkan panorama indah kepada para pengunjung bahkan ia jelas cukup sesuai bagi individu yang berhasrat untuk melapangkan fikiran memandangkan suasana di kawasan tersebut jelas jauh daripada sebarang kesibukan aktiviti sebagaimana yang biasanya dialami di kebanyakan kota metropolitan. – AP