Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meneruskan legasi ayah

    Siapa sangka pendatang baharu yang memperkenalkan diri sebagai Muaz atau nama penuhnya Muhammad Muaz Mustaqim Rosman mewarisi bakat bapanya yang juga vokalis kumpulan rock Qiara, Rosman. Andai pada era 90an bapanya menakluk industri muzik kini anaknya pula meneruskan legasi terbabit.

    “Ramai yang tak tahu sebenarnya bapa saya vokalis kumpulan Qiara, tetapi dia sudah lama tidak terbabit dalam industri seni hiburan. Darah seni yang mengalir dalam diri saya warisi daripada ayah. Sebelum ini tidak pernah terfikir akan menjadi penyanyi, namun selepas disunting Hafiz Hamidun di Instagram, saya bulatkan hati mencuba nasib. Selama ini hanya sekadar suka-suka buat video menyanyi di Instagram, tak sangka pula ada yang nampak bakat saya,” katanya.

    Kata remaja berusia 18 tahun ini, dia artis pertama disunting Syarikat Strumhits milik Hafiz awal tahun ini. “Sebagai salam perkenalan, single berjudul 5 Minit ciptaan bekas anggota kumpulan Sleeq, Alif dilancarkan.

    “Alhamdulillah, single ini mendapat sambutan baik daripada peminat dan pendengar. Namun, saya perlu bekerja lebih keras untuk mempromosikannya. Lagu ini ‘catchy’ dan boleh dinyanyikan bersama. Diharapkan single ini berjaya menawan hati semua pendengar,” katanya. – Agensi

    Anak sulung daripada empat beradik ini berkata, sejak kecil dia sering dibawa bapa ke lokasi persembahan dan diberi pendedahan awal di pentas. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda