Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Menezes ambil alih Fluminese

    RIO DE JANEIRO, 2 JULAI – Bekas pengurus pasukan kebangsaan Brazil, Mano Menezes telah bersetuju dengan kontrak selama enam bulan sebagai ketua jurulatih Fluminense, kata kelab Rio de Janeiro kelmarin, menurut Xinhua.

    Menezes, 62, menggantikan Fernando Diniz, yang dipecat minggu lalu selepas prestasi buruk.

    “Dengan kontrak yang berlanjutan sehingga akhir 2024, jurulatih itu memulakan tugasnya hari ini,” kata Fluminense dalam satu kenyataan ringkas di media sosial.

    Juara empat kali liga utama Brazil itu kini berada di kedudukan terakhir dalam 20 pasukan Serie A dengan hanya satu kemenangan daripada 13 perlawanan setakat ini.

    Menezes, yang merupakan pengurus pasukan kebangsaan Brazil dari 2010 hingga 2012, tidak bekerja sejak berpisah dengan Corinthians pada Februari.

    Perlawanan pertama Menezes sebagai ketua jurulatih Fluminense adalah pertemuan di tempat sendiri menentang Internacional pada Khamis. – Bernama

    Gambar bertarikh 18 April 2023 menunjukkan reaksi Menezes semasa perlawanan antara Internacional dan Metropolitanos di stadium Jose Pinheiro Borda di Porto Alegre, Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...