Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Mengabas’ kubur cetus idea suri rumah jual air bancuhan kayu cendana

    KUCHING, 10 MAC – Menjadi kelaziman bagi umat Islam di bandar raya ini untuk menziarahi kubur atau dalam bahasa Melayu Sarawak ‘mengabas kubur’ saudara-mara mereka setiap kali menjelang Ramadan.

    Selain bertujuan menitipkan doa untuk saudara-mara yang telah meninggal dunia, pengunjung tanah perkuburan itu juga akan membersihkan kawasan kubur.

    Kelaziman ini telah mencetuskan idea kepada seorang suri rumah, Nur Islam Jobli, 46, menghasilkan dan menjual air bancuhan kayu cendana kepada pengunjung untuk disiram di pusara saudara-mara mereka.

    “Air ini dibancuh dari rumah dan dibotolkan, jadi mudah untuk mereka siram dan bawa ke mana-mana. Sebelum ini air cendana ini kami bungkus dalam plastik.

    “Kami berjual waktu nak puasa atau hari Raya sebab memang ramai orang datang ‘ngabas’ kubur dan menariknya hanya di tanah perkuburan Islam Semariang sahaja ada dijual air ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tanah perkuburan itu hari ini. – Bernama

    Dayangku Nur Syadilla Awang Sahdi, 22, menyediakan air bancuhan daripada serbuk kayu cendana kepada umat Islam yang datang ke tanah perkuburan itu untuk disiramkan ke atas pusara di Tanah Perkuburan Islam Semariang di Petra Jaya kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda