Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Seorang lelaki yang dituduh menyebabkan kerosakan dengan memecah tingkap sebuah rumah, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.
Mohd Alidin bin Ahmad, 36, didakwa melakukan kesalahan itu pada sebuah rumah di Kampung Peramu pada 24 April 2018 kira-kira jam 6 petang.
Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan esok untuk menjatuhkan hukuman tertuduh.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali mengikut Seksyen 426 Kanun Hukuman Jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.