Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengaku menyamar sebagai polis

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis, mengaku bersalah di Mahkamah Perantaraan, hari ini.

    Mohamad Azwan bin Zawawi, 43, terdahulu didakwa menyamar sebagai ‘inspektor’ yang berkhidmat dengan Pasukan Polis Diraja Brunei, dengan memaklumkan pekerjaannya itu kepada seorang wanita, yang mana tertuduh turut mengirim lima keping gambarnya yang berpakaian seragam polis melalui WhatsApp.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu sekitar 8 dan 10 Oktober 2017. Kes tertuduh akan didengar lagi pada 31 Oktober.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda