Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengaku salah curi silinder gas

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Seorang lelaki yang mencuri silinder gas dihukum lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, kelmarin.

    Hukuman dijatuhi Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid terhadap Mohammad Ali Yusri bin Mohd Yussop, 24, yang mengaku bersalah mencuri dua silinder gas dari kawasan rumah di Jalan Kemangsi, Kampung Meragang pada 18 Januari 2019 pada jam 1:10 pagi.

    Pemilik rumah hanya menyedari silinder gasnya hilang apabila hendak memasak.

    Sistem CCTV yang dipasang di rumahnya mendedahkan tertuduh selaku pelaku dan laporan polis dibuat. Kes tertuduh didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda