Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengapa perut selalu lapar?

    TIMBUL rasa lapar tidak selalunya disebabkan oleh kita belum makan. Kurang tidur, terlalu stress, gangguan hormon, emosi jiwa bahkan menonton televisyen juga dapat membuatkan kita lapar.

    Selain itu, ahli endokrin (hormonal) Dr. Belinda Lennerz menyatakan pilihan makanan kita juga mempengaruhi rasa lapar.

    Lennerz menjelaskan, makanan yang tinggi lemak, protein dan serat membantu tubuh mencapai rasa kenyang selama beberapa jam sebelum waktu makan, tetapi makanan yang berasaskan karbohidrat sederhana seperti roti putih, nasi putih, makanan berasaskan kentang dan minuman manis juga menyebabkan kita ingin makan kerana ia cepat diserap dan dicernakan. – Agensi

    Kurang tidur, terlalu stress, gangguan hormon, emosi jiwa bahkan menonton televisyen dapat membuatkan kita lapar. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda