Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mengapa TikTok begitu menagihkan?

    KATHMANDU – Terdapat sesuatu mengenai TikTok. Aplikasi itu memukau awda dalam 15 hingga 30 saat video yang tidak habis-habis dan dalam sekelip mata, awda akan mendapati diri awda menonton selama sejam. Daripada ahli politik kepada pembaca kad daun terup, teori konspirasi sehingga jeruk masakan sendiri, aplikasi itu memiliki segala-galanya. Ia sarat dengan kandungan dan diisi dengan hiburan, keseronokan dan kejutan.

    Peranti TikTok dan algoritma yang serba mengetahui itu mampu memberikan penggunanya dengan pengalaman tidak seperti platform lain. Ia tidak meminta apa-apa daripada awda, namun awda tertarik untuk menonton video terpilih yang tidak habis-habis. Atau, dalam ungkapan hari ini, awda akan mendapat diri awda doomscrolling atau mengimbas media sosial dan laman web untuk berita buruk dan mencetuskan hormon stres yang bo-
    leh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

    Jelasnya, ramai generasi Gen Z telah mula menggunakan TikTok dan bukannya Google.

    Hanya taip, ‘Restoran terbaik di Kathmandu’ dan awda akan menemui pelbagai video membawa awda menjelajahi restoran-restoran berlainan di seluruh bandar dalam masa beberapa saat.

    Sebelum TikTok, idea media sosial adalah berbeza. Awda boleh memilih kawan, pengikut dan hobi awda dengan hati-hati. TikTok tidak mempunyai had batasan sedemikian. Ia telah menetapkan semula konsep sosial, mendedahkan awda kepada video berjela-jela yang dipilih oleh algoritma. Lebih banyak masa awda luangkan di aplikasi, lebih baik ia mengetahui cita rasa dan minat awda. Awda tidak bertanyakan TikTok apa ditunjukkan kepada awda. Ia memberitahu awda apa yang awda lihat. Dan soalan jangkaan ‘Apa lagi seterusnya’ sentiasa menghantui pengguna.

    Bagaimanapun, algoritma juga mempunyai kelemahan. TikTok telah menerima kritikan kerana membawa pengguna kepada situasi mengelirukan, terutamanya populasi muda.

    Awda sering menemui kanak-kanak di TikTok tidak berkelakuan seperti kanak-kanak, menggunakan perkataan tidak sopan, atau menyanyi lagu yang tidak senonoh. Ia harus mendorong kami bertanya: Berapa banyak maklumat harus didedahkan kepada pengguna muda menerusi satu aplikasi? Aplikasi itu juga menjadikannya lebih senang terjebak dalam lingkaran video yang berkaitan dengan kematian, bunuh diri, diet tidak sihat dan gangguan pemakanan dan tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan penggunanya daripada isi kandungan negatif. – ANN/Kathmandu Post

    TikTok telah menerima kritikan kerana membawa pengguna kepada situasi mengelirukan, terutamanya populasi muda.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...