Friday, April 18, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengawal permintaan tinggi pundi ikan di Asia

    Selama bertahun-tahun, permintaan Asia untuk pundi ikan kering yang bernilai sebagai makanan istimewa – aphrodisiac – memberikan sinar harapan kepada industri perikanan French Guiana, akan tetapi pegawai berlumba-lumba untuk mengawal penangkapan mahupun pemasaran kerana khuatir jika spesies ikan tersebut akan terancam.

    Ikan Acoupa, terdapat di sepanjang dasar laut berpasir di luar pantai wilayah Caribbean dan ia merupakan sejenis ikan yang sering ditangkap serta termasuk dalam menu masakan utama di beberapa buah restoran tempatan di negara itu.

    Namun pundi ikan tersebut, organ penting di mana membolehkan ikan Acoupa terapung telah memupuk perdagangan haram yang semakin meningkat tinggi, kini menarik pemburu dari negara-negara jiran.

    Dikeringkan dan dijadikan serbuk, pundi ikan tersebut sangat berharga khususnya di benua Asia, salah satu dari tujuh hidangan yang digemari empayar China – di China ia seakan-akan seperti Truffle, kata Timbalan Pengarah Pentadbiran Maritim Guiana, Bruno Morin.

    Selain mendapat reputasi bagi meningkatkan tenaga batin, pundi ikan tersebut juga digunakan untuk masakan pelbagai hidangan sup dan hidangan lain malah pundi tersebut juga digunakan dalam kosmetik.

    Organ itu dikehendaki oleh pembeli tempatan namun kini permintaan semakin melonjak di Asia. – AFP
    Dikeringkan dan dijadikan serbuk, pundi ikan tersebut sangat berharga khususnya di benua Asia, salah satu dari tujuh hidangan yang digemari empayar China. – AFP

    Permintaan telah melonjak tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas penangkapan ikan Totoaba – sejenis ikan yang sering ada di Teluk California – juga terkenal dengan kebaikan perubatan di China, di mana ikan tersebut kini diisytiharkan sebagai spesies yang terancam. Lima tahun lalu, pundi ikan Acoupa segar dijual dengan harga 40 hingga 45 euro akan tetapi kini ia dijual dengan harga 170 hingga 180 euro, kata Morin kepada AFP.

    Menuju kepupusan

    Dianggarkan sekitar 30 kilogram ikan Acoupa diperlukan untuk mendapatkan hanya satu kilo pundi ikan tersebut. Organ itu dikehendaki oleh kebanyakan pembeli tempatan khususnya di gerai jualan ikan akan tetapi permintaan Asia yang melonjak telah mencetuskan persaingan sengit di perairan Guiana dari pemburu bersenjata dari Suriname atau Brazil yang mencari apa yang dikenali sebagai ‘Cocaine of The Seas’.

    Pihak berkuasa kini memeriksa setiap bot bagi mengesan sebarang kegiatan haram di mana baru-baru ini ditemui sebuah bot dari Brazil telah membawa sekurang-kurangnya 12 kilogram pundi ikan tersebut. Michel Nalovic, dari Persatuan Perikanan Guiana berkata bahawa nelayan tempatan telah melaporkan penurunan hasil tangkapan ikan Acoupa sehingga 27 peratus dari tahun lepas.

    Salah seorang pentadbiran maritim, Morin berkata bahawa kebanyakan nelayan tidak mengisytiharkan hasil jualan mereka kepada pemungut cukai khususnya jualan terhadap pundi ikan tersebut – di mana telah menghasilkan sekitar 70 hingga 80 peratus hasil jualan mereka.

    “Matlamat kami adalah untuk menjadikan pundi ikan ini sebagai anugerah ekonomi buat Guiana,” tambah Morin.

    Pengawalseliaan pasaran yang lebih baik akan mengg-alakkan pemilik kapal untuk memodenkan armada dan kelengkapan mereka, katanya malah boleh membantu memerangi penangkapan ikan secara haram.

    “Kami mempunyai armada asing yang hanya mengumpul pundi dan membuang ikan yang lain kerana ia kurang menguntungkan,” kata Nalovic.

    Morin menyamakan amalan itu dengan pemburuan sirip ikan yu – juga sangat bernilai di Asia.

    “Kami benar-benar menuju ke arah kejatuhan sumber utama, ke arah kemungkinan ikan Acoupa disenaraikan sebagai spesies terancam,” tambahnya memberi amaran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda