Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Mengebumikan mayat ketika malam dan di waktu ditegah sembahyang

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Islam itu sungguh indah. Islam amat menitikberatkan hak-hak manusia sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia dengan tidak mengira kedudukan, pangkat, warna kulit dan jantina.

    Khusus dalam perkara kematian, Islam tidak mengabaikan dan tidak membiarkan mayat seseorang itu tidak diurus.

    Islam sangat mengambil berat mengenainya sehingga mayat itu sempurna dikebumikan dan ia menjadi kewajipan fardhu kifayah ke atas umat Islam untuk menyempurnakannya.

    Malah sunat menyegerakan urusan mayat iaitu memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan mayat setelah diyakini kematian seseorang itu dengan adanya tanda-tanda kematian seperti kedua-dua kaki lembik dan tidak menegak, hidung condong dan kedua-dua pelipis cekung atau pengesahan daripada pegawai perubatan yang diiktiraf. Malahan wajib menyegerakannya jika ditakuti mayat itu akan berubah.

    Walau bagaimanapun jika tidak diyakini kematian seseorang itu, maka wajiblah diakhirkan pengurusannya sehingga diyakini kematiannya seperti berubah bau mayat atau seumpamanya.

    Galakan menyegerakan urusan mayat ini ada disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada al-Hushain bin Wahwah Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melawat Thalhah bin al-Bara’ Radhiallahu ‘anhu yang jatuh sakit. Baginda bersabda yang maksudnya:

    “Sesungguhnya aku fikir Thalhah itu kelihatan padanya tanda-tanda kematian. Maka kamu khabarkan kepadaku apabila dia mati (agar aku dapat menyembahyangkannya) dan bersegeralah kamu (menguruskan mayatnya). Kerana sesungguhnya mayat seorang Islam itu tidak patut ditahan di kalangan keluarganya (membiarkan mayat tidak diurus sehingga berubah dan menambah kesedihan keluarga).”
    (Hadits riwayat Abu Daud)

    Oleh itu, bersegeralah dalam menguruskan mayat seseorang itu sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Namun persoalan yang timbul dalam perkara menyegerakan ini, adakah harus mengebumikan mayat di waktu malam tanpa menunggu waktu siang ataupun melakukannya pada waktu-waktu yang ditegah mengerjakan sembahyang?

    Gambar fail
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...