Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengenali kesenian dan kaligrafi Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN – Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB) merupakan sebuah institusi pengajian yang menawarkan program pengajian dan memberikan perkhidmatan dalam mengembangkan pelbagai pengetahuan, kecekapan dan kemahiran seni Islam ke arah memartabatkan tulisan Jawi khususnya seni kaligrafi Islam.

    Dilancarkan pada 5 Mac 2020, di mana antara lain tujuan penubuhannya ialah untuk meningkatkan kesedaran belia di negara ini terhadap penguasaan seni Islam dalam pelbagai aspek di samping berusaha untuk menyiapkan generasi yang mampu menguasai dan menghayati nilai-nilai seni Islam khususnya seni mushaf, kaligrafi dan seni hiasan Islam.

    Sepanjang bulan November 2020, PPKKI-YSHHB telah menerima lawatan dari pelajar-pelajar sekolah seperti Sekolah Persediaan Arab Temburong, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ma’had Islam Brunei Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah, Sekolah Rendah Birau dan lainnya.

    Semasa lawatan itu, para pelajar telah berpeluang untuk menyaksikan karya-karya seni kaligrafi di ruang Galeri PPKKI-YSHHB iaitu Galeri Lauhah Al-Islamiah, Galeri Al-Aswad dan Galeri At-Tasmeem.

    Pada bulan Disember mendatang, PPKKI-YSHHB akan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan kesenian Islam yang lebih menjurus kepada penulisan khat seperti pengenalan jenis-jenis khat, mewarna di atas kanvas dan lain-lain. PPKKI-YSHHB mempelawa orang ramai khususnya belia-belia untuk ber-kunjung sempena cuti sekolah ini.

    Kelihatan pelajar dari Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mencuba membuat kaligrafi ketika kunjungan ke PPKKI-YSHHB.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda