Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengenali pasukan bola jaring kebangsaan

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    PELUANG untuk memakai jersi kebangsaan Brunei Darussalam merupakan satu impian setiap pemain bola jaring Brunei Darussalam apatah lagi apabila pasukan bola jaring kebangsaan disenaraikan untuk menyertai pertandingan di temasya Sukan Asia Tenggara kali ke-29, di Kuala Lumpur.

    Brunei Darussalam telah bertemu dengan jaguh bola jaring di rantau ini seperti Malaysia yang mana selaku tuan rumah dan juga pasukan yang tidak kurang hebatnya, Singapura selaku juara bertahan yang mana pastinya telah memberikan tentangan yang sangat hebat. Namun baru-baru ini, pasukan negara telah memperlihatkan satu rentak permainan yang sangat mencabar dan berjaya mempamerkan satu persembahan yang positif.

    Malah selain itu juga, pasukan negara juga akan berdepan dengan pasukan bola jaring negara yang lain seperti Thailand dan juga Filipina yang mana juga dikenali sebagai pasukan yang hebat dalam sukan ini. Peneraju utama Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, selaku pengurus pasukan. Jurulatih Pasukan Bola Jaring Brunei Darussalam, Thilaka Jinadasa menegaskan bahawa persiapan pasukan bola jaring kebangsaan sudah dibuat sejak 10 bulan yang lalu dan kini pasukan negara sudah bersedia serta yakin untuk temasya Sukan Asia Tenggara kali ini.

    Cekal dan fokus

    “Saya merasa sangat gembira dengan komitmen dan pengorbanan yang telah dibuat oleh setiap pemain dan sentiasa berdoa agar mereka akan cekal dan sentiasa fokus dengan set minda tertumpu kepada kejayaan serta mencapai sasaran yang dihasratkan oleh setiap ahli pasukan,” kata Thilaka kepada media.

    Ketika menjelaskan tentang kriteria yang diharapkan oleh jurulatih, Thilaka menegaskan bahawa setiap pemain perlu cergas di dalam gelanggang kerana beliau percaya semua pemain perlu kuat di sepanjang permainan sehinggalah ke wisel penamat.

    Pengurus Sukan Bola Jaring Kebangsaan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.
    Pengurus Sukan Bola Jaring Kebangsaan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.
    Jurulatih pasukan bola jaring kebangsaan, Thilaka Jinadasa.
    Jurulatih pasukan bola jaring kebangsaan, Thilaka Jinadasa.
    Dayang Siti Marhayati, ketua pasukan bola jaring kebangsaan.
    Dayang Siti Marhayati, ketua pasukan bola jaring kebangsaan.
    Dayangku Khalisha selaku Wing Attack dan Wing Defence.
    Dayangku Khalisha selaku Wing Attack dan Wing Defence.
    Dayang Nurul Ain, penjaring gol dan penyerang gol.
    Dayang Nurul Ain, penjaring gol dan penyerang gol.
    Dayang Athiyyah As’ad Mohd Jaafar, pembantu ketua pasukan.
    Dayang Athiyyah As’ad Mohd Jaafar, pembantu ketua pasukan.
    Dayang Zuraidah selaku pemain center dan Wing Attack.
    Dayang Zuraidah selaku pemain center dan Wing Attack.
    Dayang Siti Nurul Nazihah sentiasa memotivasikan diri dengan slogan, The Best, Never Rest.
    Dayang Siti Nurul Nazihah sentiasa memotivasikan diri dengan slogan, The Best, Never Rest.
    Dayang Nur Ady Elzza Ezreenna, penjaring gol dan penyerang gol.
    Dayang Nur Ady Elzza Ezreenna, penjaring gol dan penyerang gol.
    Dayangku Noor Nadziratul Nurunadiyah selalu pemain Wind Defence dan Goal Defence.
    Dayangku Noor Nadziratul Nurunadiyah selalu pemain Wind Defence dan Goal Defence.
    Dayangku Nur Amal Nadhirah, pemain tengah, Wind Defence dan Wing Attack.
    Dayangku Nur Amal Nadhirah, pemain tengah, Wind Defence dan Wing Attack.
    Dayang Nur Syuhaidah Fahriyana selaku penjaring gol dan penyerang gol.
    Dayang Nur Syuhaidah Fahriyana selaku penjaring gol dan penyerang gol.

    Baru-baru ini pasukan kebangsaan negara terlibat dalam siri keempat perlawanan pendedahan di Sri Lanka selepas beberapa siri persiapan di Brunei Darussalam, Sabah, Malaysia dan juga Singapura pada suku pertama 2017 dan menurut Thilaka, di Sri Lanka, pasukan kebangsaan menumpaskan dua pasukan teratas negara itu dengan begitu cemerlang dan membanggakan.

    “Selain mempunyai kemenangan taktik dan disiplin, apa yang perlu diperhatikan ialah supaya setiap ahli pasukan siap siaga dalam apa juga keadaan dan corak permainan pihak lawan,” tambah Thilaka lagi kepada media.

    Beliau turut berjaya melihat dengan lebih jelas kombinasi pemain yang terbaik bagi menentang mana-mana pasukan lawan dan ia menjadi medan persiapan yang berguna bagi para pemain ketika berlawan di dalam temasya Sukan Asia Tenggara kali ini.

    Jurulatih pasukan bola jaring kebangsaan turut memberikan nasihat kepada setiap ahli pasukan supaya akan terus bekerjasama dan sentiasa yakin kepada diri sendiri serta rakan sepasukan dan berjuang sehingga apa yang dihasratkan akan terus tercapai bukan kerana keuntungan diri sendiri malah untuk memenuhi hasrat negara dan juga bangsa.

    Barisan pemain bola jaring negara yang menyertai kejohanan kali ini diterajui ketua pasukan Dayang Siti Marhayati Ahmad (GA,GS) di bantu oleh Dayang Athiyyah As’ad Mohd Jaafar (C,GD)dan akan disertai Dayang Nur Syuhaidah Farhiyana Haki Syukri, Dayangku Noor Nadziratul Nurunadiyah Pengiran Anak Mohd Harun, Dayang Zuraidah Haji Abdul Lamit, Dayangku Khalisha Pengiran Abdul Rahman, Dayang Nurhafizah Haji Abdul Sidek, Dayang Nurafiqah @ Fatin Najlaa Samat, Dayang Siti Nurul Nazihah Haji Hassan, Dayangku Nuramal Nadhirah Pengiran Haji Mohd Ali, Dayang Nur Ady Elzza Ezreenna Sofian dan Dayang Nurul Ain Abdul Hamid.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda