GEORGIA baru-baru ini telah mengadakan pusingan kedua dalam proses pemilihan presidennya, dilihat sebagai satu ujian yang penting bagi parti pemerintah yang tidak terkenal dimana telah dipimpin oleh seorang jutawan, Bidzina Ivanishvili.
Berikut adalah lima perkara mengenai budaya dan sejarah negara kecil itu yang terletak di antara Laut Hitam dan gunung-gunung Caucasus di benua Eropah.
‘Eropah pertama’
Penduduk Georgia secara lawak mendakwa bahawa mereka merupakan ‘orang Eropah pertama’ yang mendiami benua tersebut setelah penemuan tulang fosil manusia yang dianggarkan berusia dua juta tahun dan yang tertua ditemui di luar benua Afrika iaitu di bandar zaman pertengahan Dmanisi, barat daya, Tbilisi.
Sebelum penemuan itu, tidak ada bukti yang mengesahkan bahawa hominin – merujuk kepada istilah yang terdiri daripada manusia dan cimpanzi – telah mengembara ke benua Eropah dari kawasan Afrika lebih dari 800,000 tahun yang lalu.
Fosil Dmanisi yang terpelihara dengan baik telah merevolusikan teori-teori semasa evolusi manusia kemudian membuktikan bahawa manusia awal adalah spesies tunggal dalam pelbagai rupa, bukannya dari spesies yang berbeza.
Bulu warna keemasan
Kerajaan awal Georgia, Colchis memiliki budaya yang terkenal khususnya dalam mitologi Yunani dan Romawi klasik serta dianggap sebagai tanah ‘Golden Fleece’, yang melambangkan kewibawaan dan pemerintahan yang menakjubkan. Salah satu kisah sastera Yunani telah menggambarkan usaha ‘Golden Fleece’ yang telah berlayar ke Colchis dengan menggunakan kapal dipanggil sebagai Argo.
Mereka memperoleh bulu kambing itu dengan bantuan pakar perubatan tradisional, anak perempuan Raja Kolchis yang bernama Medea.
Manakala watak-watak wira Georgia yang terkandung dalam mitologi Yunani termasuk, Ratu Cretan Pasiphae, saudaranya Perses dan anak-anak Ariadne, Phaedra dan juga Minotaur.
Ratu dan penyair
Georgia menjejaki sejarahnya sekurang-kurangnya pada abad ke-13 sebelum Masihi lagi namun ada juga ahli sejarah mengatakan bahawa kegemilangan Georgia dikatakan bermula pada abad ke-11 dan ke-13 semasa di bawah pemerintahan Ratu Tamar.
Pemerintah itu merupakan wanita pertama yang telah meletakkan dasar dalam menubuhkan parlimen Georgia dan kemasukan universiti, menghapuskan hukuman mati dan melindungi negara daripada penceroboh asing.
Ratu itu sangat dihormati malah telah diadaptasikan ke dalam karya-karya sastera seperti dimasukkan dalam syair dan paling masyhur ialah ciptaan dari Shota Rustaveli ketika abad ke-12 dalam puisi epiknya yang bertajuk ‘The Knight in The Panther’s Skin’ yang masih dianggap sebagai salah satu karya utama dalam kesusasteraan Georgia.
Kaya dengan sumber kacang
Selain terkenal sebagai destinasi hebat di benua Eropah, Georgia turut terkenal dengan keunikan masakan hebat yang menggabungkan gaya masakan tempatan dengan pengaruh dari timur dan timur tengah.
Georgia menjadi destinasi pelancongan masakan yang menarik selepas berjaya memperoleh kemerdekaannya dari Kesatuan Soviet pada tahun 1991.
Hidangan yang paling terkenal di negara itu ialah Khinkali, roti keju seperti Khatchapuri piza dan pelbagai jenis makanan berasaskan kacang walnut seperti ayam panggang yang menggunakan saus walnut, terigu goreng dengan hidangan pasta pedas dan hidangan buah delima dan banyak lagi.
Kawasan pergunungan yang menarik
Di kawasan pergunungan di negara itu telah ditemui tengkorak yang berusia 1.8 juta tahun dan masih terpelihara dengan baik serta dijaga dengan baik sekali gus membuktikan akan kewujudan Dmanisi di kawasan ini.
Selain itu, Kapal Yunani juga telah memasuki kawasan pelabuhan Georgia Batumi pada tahun 2009 dan berperanan sebagai sebuah kapal pesisir moden ‘Agro’, kapal mitos yang pernah membawa Jason dan Argonaut dalam usaha mereka mengasah lagi kehebatan mereka untuk ‘Golden Fleece’.
Selain itu, Georgia turut terkenal sebagai sebuah negara yang menghasilkan tanaman kebun anggur dan ladang kebun anggur yang terkenal terletak berhampiran dengan Kampung Vachnadziani di wilayah Kakheti dan pelancong berpeluang untuk meneroka lagi kawasan ini serta menikmati buah anggur yang segar dan nyaman. – AFP




