Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengharungi segala cabaran dengan sakti kegagahan

    Ulasan buku oleh Raz AS

    DIKENALI dengan sifat mereka yang berani, gagah perkasa, kesateria dan kemampuan mereka untuk menentang makhluk-makhluk mistik, para sateria yang dikenali sebagai The Knights of the Round Table harus berhadapan dengan musuh yang paling bahaya pernah mereka hadapi, Dinosaur!

    Novel penuh ilustrasi bagi pembaca peringkat menengah dihasilkan oleh penulis dan pelukis yang memenangi anugerah, Matt Phelan, ini adalah sebuah novel menarik sesuai bagi pembaca-pembaca yang meminati siri How to Train Your Dragon dan The Terrible Two.

    Tidak ramai yang mengetahui rahsia mengenai sateria-sateria Knights of the Round Table. Rahsianya adalah mereka berasa bosan kerana tidak banyak yang boleh mereka lakukan bagi meluangkan masa. Dunia berada dalam keadaan aman damai dan naga-naga bilangannya kini sangat sedikit dan tinggal jauh terpencil.

    Oleh yang demikian Merlin, si ahli sihir, membuat keputusan untuk menghantarkan para sateria tersebut untuk mengharungi sebuah pengembaraan ke dunia yang dipenuhi dengan cicak-cicak yang paling menakutkan, Dinosaur.

    Dengan hampir setiap muka suratnya diisikan dengan ilustrasi, termasuk babak pertarungan yang digambarkan dengan gaya novel grafik, membuatkan ia adalah sebuah karya yang akan dapat menghiburkan pembaca menengah.

    Knights vs Dinosaurs adalah sebuah karya yang penuh ilustrasi, perkembangan ceritanya yang cepat, dipenuhi dengan telatah-telatah sateria. Rahsia-rahsia yang mengejutkan dan dinosaur-dinosaur yang menakutkan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda