Dua pasukan bersaing antara satu dengan yang lain di sebuah padang sukan berdebu sambil memegang peralatan seperti batang kayu dan memukul cekera getah dengan pukulan kelajuan tinggi.
Sukan ini, yang dikenali sebagai Ngbaba, kelihatan unik bagi Republik Afrika Tengah dan seperti negara itu yang sentiasa bertempur, ia dihidupkan kembali dari terus di ambang kepupusan.
Setelah dimainkan secara meluas di jalan-jalan dan kawasan perkampungan, Ngbaba – atau disebut sebagai ‘G’baba’ – mempunyai langkah yang tertentu dan memerlukan kecepatan, ketangkasan dan keberanian.
Pemain memukul dengan menggunakan batang kayu yang berukuran seperti lengan mereka dan sedikit melengkung di bahagian hujung.
Alat ini digunakan untuk memukul benda yang dipanggil sebagai cakera getah seperti bola hoki.

Sekiranya cakera getah itu mendarat di kawasan lawan, pasukan lain perlu memastikan cakera getah itu berbalik semula ke kawasan lawan. Matlamatnya adalah untuk mengelakkan ‘puck’ tersebut terhenti di separuh padang di bahagian pasukan masing-masing.
Dalam perlawanan ini, pemain bermain di kawasan padang sukan di Universiti Bangui di mana cabaran dan kemahiran sukan Ngbaba dimainkan dengan begitu lancar sekali dan jelas.
Bagi mencapai ‘puck’ dalam masa yang diperlukan, pemain memerlukan refleks yang tepat dan memerlukan pemikiran yang cepat serta koordinasi pasukan dalam melancarkan serangan balas.
Ketua Persatuan Baila, Sonek Langate telah melancarkan kebangkitan semula sukan Ngbaba.
Ngbaba hanya dimainkan di Republik Afrika Tengah, salah satu negara yang paling miskin dan sentiasa berada dalam konflik ketegangan perang di Afrika.
Bagaimana sukan ini bermula adalah tidak jelas. Tidak ada pemain atau penonton mengetahui mengenai sejarah permainan sukan tersebut.
Michel, warga emas yang menjadi penjaga arkib di sebuah universiti berpendapat bahawa sukan ini sudah dimainkan pada tahun 1970an.
Teori beliau terhadap sukan itu berkembang daripada kanak-kanak yang suka menonton sukan barat di TV selepas Republik Afrika tengah menerima kedatangan televisyen.
Idea ini adalah menarik memandangkan persamaan yang jelas dengan sukan hebat seperti hoki ais dan besbol.
Namun dalam permainan ini, pemain menggunakan tongkat kayu atau batang kayu malah ada yang beranggapan bahawa sukan ini lebih tua berbanding sukan-sukan yang lain.
Namun pada permulaan abad ini, nasib sukan Ngbaba bermula dari bawah. Seperti kebanyakan aspek kehidupan di Afrika Tengah, ia sering menjadi mangsa kepada rusuhan yang sering berlaku dalam kalangan kumpulan etnik dan agama negara itu. – AFP